IS: KESELAMATAN NEGERI SEMBILAN BAIK. PDRM PUNYAI PASUKAN RISIKAN ANTARA TERBAIK! -MB NEGERI SEMBILAN

20 Jan 20167comments

WISMA NEGERI, 20 JAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan memberi jaminan bahawa keselamatan negeri berada dalam keadaan baik.
Beliau berkata demikian dalam sidang media apabila ditanya wartawan tentang tahap keselamatan Negeri Sembilan pada ketika ini berhubung ancaman pelampau agama, ISIS yang sedang menular di negara ini.
“Saya harap agar masyarakat di Negeri Sembilan dan Malaysia jangan bimbang kerana kita mempunyai pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata badan badan risikan amat baik berbanding di negara lain.
“Jalankanlah aktiviti seperti biasa. Usah takut keluar rumah kerana kita belum sampai ke tahap itu tetapi janganlah kita memandang ringan perkara ini. Sekiranya mengesyaki terdapat perkara-perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka, beritahulah pihak keselamatan supaya mereka boleh menghantar pasukan menyelidik dan memantau,” ujarnya.
Menteri Besar yang turut mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) itu berkata, mereka turut membincangkan dari semasa ke semasa bukan sahaja berkaitan pengganas ISIS tetapi fahaman-fahaman agama yang boleh mendatangkan ancaman kepada negeri dan negara. Malah, ramai juga yang telah diambil tindakan.
“Ramai yang telah ditahan mempunyai kecenderungan untuk menyertai atau telah menyertai pengganas. Bukan sahaja ISIS tetapi banyak lagi ekstremis agama yang telah ditangkap. Di sinilah perlunya peruntukan perundangan yang memberikan kuasa kepada pihak keselamatan untuk menahan orang,” katanya mengakhiri.  SUMBER 
Share this article :

+ comments + 7 comments

26 January 2016 at 02:51

It is with pleasure that I look at your site; it is great. Really nice to read your nice sharing .Continuez well and thank you again.

voyance en ligne gratuite ; voyance amour

12 April 2016 at 01:38

Terima kasih sekumpulan untuk berkongsi ini dengan semua orang yang anda benar-benar tahu apa yang anda bercakap tentang! Bookmarked. Sila tambahan berbincang dengan laman web saya =). Kita boleh mempunyai kontrak perdagangan hyperlink di kalangan kita!

31 May 2016 at 09:06

Cool blog you have here, I will check in often.

voyance gratuite en ligne

Blog anda adalah besar, kerja yang berkualiti tinggi ... Saya pasti ramai yang akan bersetuju dengan saya walaupun mereka tidak mengambil masa untuk memberitahu anda

11 February 2020 at 02:24

A chaque nouvel article, toujours autant de choses intéressantes à découvrir et normalement à mettre en pratique.
voyance mail

22 April 2022 at 08:37

Très bon article, comme toujours. Il a le mérite de susciter le commentaire 
voyance gratuite en ligne par mail

Anonymous
23 August 2022 at 04:20


Un petit mot pour vous dire que votre blog est super
voyance sérieuse mail offert

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team