BAHANG PRK PORT DICKSON DISIMBAH HUJAN RAHMAT ALLAH S.W.T

9 Oct 20186comments

Pada mulanya, ramai penganalisis meramalkan bahawa PRK Port Dickson ini mungkin menarik minat rakyat kerana figura-figura yang mencalonkan diri masing-masing terdiri daripada mereka-mereka yang cukup terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di arena politik antarabangsa. 

Namun selepas seminggu lebih tempoh berkempen berjalan, kempen-kempen PRK seakan perlahan menandakan bahawa calon-calon PRK 'kepenatan' ditambah pula dengan hujan lebat yang kerap berlaku pada sebelah petang sehingga membawa ke awal malam setiap hari. Pengundi di situ juga seakan 'relax' dan hanya melihat sahaja gelagat - gelagat calon dan para penyokong mereka. Dalam kalangan calon pula, ada yang menggelarkan diri mereka 'Srivaji' the Boss dengan slogan-slogan seperti Bakal Menjadi Perdana Menteri Malaysia dilaung-laungkan di telinga masyarakat dan penyokong. ( baru bakal) 

Walau apa pun polemik yang mereka cuba bawakan, MHS memuji sikap rakyat yang sentiasa tenang sehingga kem-kem calon dan parti yang bertanding sukar meramalkan riak sokongan rakyat ketika ini. Tatkala banyak rungutan mengenai pentadbiran negara dan sikap YB-YB ketika ini , Kempen Pasukan Parti Memerintah tampak bersemangat dengan slogan membawa perubahan (dan bakal PM ke 8) NAMUN tidak pula menidakkan atau menjawab isu rakyat yang berlegar di seluruh negara ketika ini (isu ekonomi negara yang semakin tidak menentu , isu pembuangan lebih 2000 pekerja GAMUDA -tidak mengira bangsa dan keturunan) , isu kenaikan harga barang secara konsisten walaupun telah dihapuskan GST , isu Kerajaan Kekurangan Dana dek kerana sistem percukaian yang dilihat tidak secekap GST dan sebagainya. 
Bak kata orang tua-tua, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. 

Apa yang dilihat, hanya PAS sahaja yang membangkitkan isu-isu ini , tetapi dipandang sepi atau seolah-olah calon Parti memerintah ingin menghidangkan '' cerita lain" dalam menu kempen mereka. Tatkala penyokong- penyokong teruja untuk melihat Bakal PM ke 8 memasuki Parlimen, tinjauan mendapati ada juga rakyat biasa yang mahu melihat kejutan bahawa Parti Bebas boleh memenangi PRK kali ini.  

Sama ada rakyat bakal memilih Menu Parti Memerintah atau Parti Lawan, hanya Allah sahaja yang tahu. 

Apa - apa pun MHS ucapkan syukur kerana rakyat Malaysia dan pengundi Port Dickson masih rasional dan mengamalkan "keep your vote silent" . Ia membawa maksud, rakyat masih menilai. "Report Card"yang dihidangkan masih belum terisi penuh untuk ditandatangani rakyat! 

MHS  
* hujan setiap petang di Port Dickson menandakan Allah sentiasa memberi rahmat kepada hamba-hambaNya. 
Share this article :

+ comments + 6 comments

21 February 2019 at 03:51

Merci pour cet article très complet encore une fois
voyance gratuitement par mail

11 February 2020 at 02:00

Coucou ,!!!! merci bcp pour la recette ! ça à l'air bon ! Bisous.
voyance discount

16 November 2020 at 06:41


Votre blog est simplement génial. J'y ai découvert de superbes images, signatures, citations. Je ne ma lasse pas de le regarder.
voyance en ligne discount

Anonymous
24 May 2022 at 05:16

Très bon article, comme toujours. Il a le mérite de susciter le commentaire 

cabinet de conseil

Anonymous
23 August 2022 at 03:32

J’ai passé un bon moments et j en ai eue plein les yeux!!!
voyance gratuite mail en direct et en ligne

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team