MANUSIA PADA HARI INI...(sangkaan mu itu jauh menyimpang)

12 Apr 20120 comments

Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini...marilah kita renungkan kata-kata di bawah yang direka oleh Hamba Allah. Semalam aku browse2 internet, aku jumpa rangkaian kata-kata di bawah...





Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita  buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.



p/s: Orang bagi Bantuan BR1M, disangkanye rasuah, betul ke?

SEMUA YANG KITA BUAT, PERLULAH KITA FIKIR KEHIDUPAN KITA DI AKHIRAT NANTI.....KALAU IA MENJEJASKAN KEHIDUPAN DI AKHIRAT, TAK PAYAHLAH BUAT PERKARA ITU...KALAU IA MEMBERI KEBAIKAN DI AKHIRAT, MAKA BERLUMBA-LUMBA LAH SAMA-SAMA KITA KERJAKAN....

-PERINGATAN UNTUK AKU DAN KAWAN2...-

SHARING IS CARING...ALLAHUAKBAR!
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team