TANAH RIZAB MELAYU DI 4 NEGERI MENINGKAT !!

13 Nov 20143comments


TANAH RIZAB MELAYU DI 4 NEGERI MENINGKAT!!   


Tanah Rizab Melayu di Negeri Sembilan, Johor , Melaka dan Selangor dilaporkan meningkat pada tahun 2014. 

1. Di Negeri Sembilan, rizab Tanah Melayu pada tahun ini meningkat kepada 47% daripada Keseluruhan Tanah Negeri. Menteri Besar Negeri Sembilan juga menegaskan sekiranya ada  pengambil alihan Rizab Tanah Melayu oleh pihak Kerajaan, ianya akan diganti dengan nilaian hartanah yang sama. Ia merupakan faktor penambahan kuantiti hektar tanah rizab Melayu di Negeri Sembilan 

2. Di Johor, rizab Tanah Melayu dilapor MB , Datuk Seri Khaled Nordin meningkat sebanyak 432,000 hektar iaitu sebanyak 22.8% daripada keluasan tanah Negeri. 

3. Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata negeri itu tidak mempunyai Tanah Rizab Melayu, bagaimanapun mempunyai Tanah Adat Melaka (MCL) di bawah Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) (Akta 518) 1963 yang berkuatkuasa pada 1 Jan 1966. Idris berkata sehingga tahun lepas Melaka mempunyai 130,618 hektar tanah MCL berbanding 31,459.07 hektar pada tahun 2000.

4.Di Selangor, Keluasan tanah rizab Melayu di Selangor telah meningkat dua kali ganda daripada 51,083.50 hektar pada 2009 kepada 170,533 hektar pada tahun 2014, menurut Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor semasa zaman pemerintahan Dato' Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar.


DI PULAU PINANG, TIADA TANAH RIZAB MELAYU ATAUPUN TANAH ADAT 


5. Di PULAU PINANG,  Pulau Pinang tidak mempunyai Tanah Rizab Melayu dan negeri itu hanya mempunyai Tanah Rizab Persekutuan iaitu tanah yang boleh digunakan oleh jabatan-jabatan tertentu di bawah kerajaan persekutuan.

Manakala Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Tan Sri Mohd Yussof Latiff mencadangkan negeri-negeri bersultan menggantikan semula tanah rizab Melayu terutamanya yang diambil untuk projek awam bagi mengelak status aset itu dilupus begitu sahaja.
Beliau turut meminta Majlis Raja-Raja mengkaji kemungkinan berlakunya ketirisan dalam proses pengambilan tanah rizab  berkenaan di negeri-negeri yang terlibat.  C






Share this article :

+ comments + 3 comments

29 August 2017 at 05:49

Terima kasih kerana artikel ini yang membuat saya mengetahui tapak anda sangat menarik. Melihat ke hadapan untuk membaca lagi

21 June 2022 at 06:51

find out here now click here for more a knockout post Loewe Dolabuy Get More Info go to the website

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team