Fakta mengatakan bahawa MB Negeri Sembilan , Dato Seri Utama Hj Muhamad b Hj Hasan disayangi dan dibanggakan oleh rakyatnya bukan menjadi asing lagi. MB Negeri Sembilan atau dikenali sebagai TOK Mat Hasan digelar oleh sebahagian orang-orang lama di Negeri Sembilan sebagai Za'ba Moden.
Tinjauan MHS terhadap post-post rakyat Negeri Sembilan rata-rata memuji dan berharap beliau terus menerajui Negeri Sembilan. Ada juga yang mengatakan beliau diibaratkan sebagai SEBUTIR PERMATA yang perlu dijaga rakyat.
Ketinggian akal budinya bukan sahaja terletak dalam butir - butir bicara beliau dalam menegur dan mengurus negeri, malah ia terletak pada TINDAKAN beliau dalam banyak Pelaksanaan Dasar-dasar baru yang datangnya dari Buah Fikiran beliau.

Di bawah pentadbiran beliau , Negeri Sembilan tidak lagi berhutang dengan Kerajaan Pusat, malah mempunyai SURPLUS / Lebihan dana Kerajaan Negeri berjumlah ratusan juta Ringgit.
"Mana ada negeri boleh jual air laut masin kepada syarikat luar? Negeri Sembilan sahaja yang mampu jual air masin bergelen-gelen untuk jana pendapatan negeri untuk keperluan JANA KUASA ELEKTRIK selain cukai tanah yang tidak pernah dinaikkan"
- kata seorang Penjawat Awam yang ditemui MHS.
Lihat sahaja prasarana rangkaian kemudahan Jalan Raya yang dibina Tok Mat di Negeri Sembilan setaraf jalan raya persekutuan dan bandaran di ibu kota Kuala Lumpur. Tok Mat memang seorang yang prihatin dengan jalanraya kampung. Mungkin kerana atas sifat beliau berasal dari kampung, jalan raya kawasan kampung di Negeri Sembilan ibarat tidak pernah rosak. Asal Rosak sahaja pasti diperbaiki.
"Itu belum cerita jalan raya di kawasan bandar lagi yang bertingkek - tingkek"

Ketegasan Tok Mat ada sebabnya. Dia mahukan yang terbaik di bawah pentadbirannya. Idea-idea nya dalam Dasar Perumahan Negeri Sembilan, Dasar Pemodenan dan Pembangunan 30 tahun Negeri Sembilan (2015-2045) dan Dasar Pembangunan Luar Bandar yang akan digagaskan tidak lama lagi menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin bukan setakat boleh pimpin sebuah negeri , tetapi Sebuah NEGARA!


Apapun, Tok Mat memang seorang yang disayangi. Semoga Allah peliharakan Tok Mat, seluruh keluarganya dan rakyatnya, insha Allah , amin.
Kepada Tok Mat, istiqamohlah. Kepada pemimpin Islam yang lain, contohilah Tok Mat Hasan. Kepada Anak Muda , daya pemikiran Tok Mat perlu anda contohi!
Sekian ,
MHS SAYANG TOK MAT
-pemimpin jiwa rakyat-
+ comments + 4 comments
Hello, saya benar-benar suka apa yang anda lakukan saya tertanya-tanya bagaimana saya boleh terlepas blog anda
je decouvre ton site il est magnifique super bravo a toi je reviendrais le voir bisous
voyante
Saya terus mencari dalam talian untuk idea-idea yang boleh memudahkan saya. Terima kasih!
Un petit mot pour vous dire que votre blog est super!
voyance offerte mail gratuit
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...