PARTI AMANAH NEGARA TERUS TERIMA DANA DARIPADA 'PELABUR'

4 Nov 20152comments

Parti pecahan PAS, Parti Amanah Negara yang ketika ini melakukan pakatan bersekutu bersama DAP dan PKR terus menerima dana kewangan ratusan ribuan ringgit daripada 'pelabur' - 'pelabur' politiknya. 

Sebelum itu, di Negeri Sembilan, Anthony Loke memberikan jaminan kepada Presiden Parti Amanah- Mat Sabu bahawa DAP Negeri Sembilan akan menyokong Perjuangan Parti Amanah dalam bentuk sewaan pejabat operasi dan dana. Ia terang-terang disuarakan Anthony Loke dalam Majlis Pelancaran Parti Amanah Negara di Negeri Sembilan September lepas.  

Baru-baru ini di Perak pula ,Parti Amanah menerima dana daripada seorang Taikun berjumlah puluhan ribu ringgit. Ketika ini , Parti Amanah giat menjalankan Majlis makan malam bagi menarik ramai 'pelabur politikus' daripada DAP untuk menyumbang kepada tabung mereka. 

Sokongan tidak berbelah bahagi DAP kepada Parti Amanah Negara nampaknya sangat ketara dan semakin kuat bagi mencengkam pegangan politik para pemimpin Melayu dalam Parti Amanah Negara. Persoalannya, adakah pengorbanan DAP berjumlah ratusan ribu ringgit kepada PARTI Amanah Negara itu sekadar pengorbanan seorang rakan biasa? 


Share this article :

+ comments + 2 comments

13 May 2016 at 07:38

Apa khabar, Anda telah melakukan kerja yang besar. Saya pasti akan digg dan bagi saya mencadangkan kepada rakan-rakan saya. Saya yakin mereka akan mendapat manfaat daripada laman web ini.

11 February 2020 at 02:28


VoilĂ  une description qui donne envie... Je le note dans un coin ! :)

voyance gratuitement par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team