TAZKIRAH MUSIBAH DAN BENCANA UNTUK NEGARA ATAU UNTUK KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH?

5 Nov 20153comments

Malaysia dewasa ini diuji dengan beberapa siri ujian berat dan ianya sebenarnya adalah ujian Allah kepada semua hamba-hambanya.Ujian / Bencana yang diuji Allah S.W.T itu pasti dilalui oleh semua hambanya yang diuji baik orang BERIMAN ataupun TIDAK.  Apa yang membezakan di antara hamba-hambanya adalah penerimaan / keredhaan hamba-hamba yang diuji tersebut menerima hakikat sebenar Bencana yang menimpa ke atasnya. 


Ayat Allah S.W.T yang wajib kita imani: 

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".At-Tagaabun, ayat 11.


Walau sejauh mana beratnya musibah yang menimpa kita, kita perlu bermuhasabah diri. Janganlah kita selalu kerap menuding jari ke arah pihak yang lain. Setiap insan menerima bahagiannya masing-masing. Setiap ujian yang diberikan kepada negara pasti ada sedikit bahagian untuk diri kita bagi kita menginsafi diri. 

Kita akan sekali lagi akan menerima musim tengkujuh pada tahun ini. 


Jangan lah pula kita menyebar berita-berita palsu dan fitnah, kelak rosaklah rakyat dan negaranya. Jangan kita menghalalkan FITNAH, kerana ianya hanya merosakkan agama dan negara kita. 



Muhasabah diri , Muhasabah Keluarga, Muhasabah Negara 




Share this article :

+ comments + 3 comments

21 December 2015 at 00:55

Blog ini mempunyai banyak keramahan dan layanan yang mesra
Terima kasih banyak

16 February 2017 at 03:46

Anda menyentuh saraf yang memang saya juga fikir ia adalah kekurangan keyakinan dalam diri saya.

30 August 2021 at 04:32

Un petit pour vous dire que votre blog est super!
voyance par mail gratuite

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team