Dalam Surah Al-Kafirun ini Allah SWT menegaskan tentang amal ibadat secara Islam dan menolak sebarang cara penyembahan dan amalan syirik. Ia dengan jelas menyatakan tidak ada tolak ansur dan kompromi untuk mencampuradukkan ajaran agama, terutama dalam soal akidah dan ibadah dengan orang-orang kafir. Surah ini telah ditujukan kepada kaum Musyrikin kerana orang kafir tersebut tidak mahu menerima seruan dan petunjuk kebenaran yang dibawakan Nabi Muhammmad SAW kepada mereka.
.
Penyangkal Kaum Kafir
Pada masa penyebaran Islam di Mekkah, kaum Quraisy yang menentang Rasulullah SAW tidak putus- putus mencari jalan untuk menyekat pengaruh dan ancaman Islam terhadap kepercayaan nenek moyang mereka. Antaranya mereka telah berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka menawarkan; jika Rasulullah SAW bersetuju memuja Tuhan mereka, mereka pun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam.
Dengan demikian mereka akan bertukar-tukar mempraktikkan ibadat sehingga salah satu daripada cara mereka terbukti benar. Maka, menurut fikiran kaum kafir, jika ajaran Nabi benar, mereka akan memperoleh keuntungan dan mengikuti ajaran Nabi; tapi, jika cara ibadat kaum kafir benar, maka mereka dan kaum muslim akan mendapat keuntungan dari menyembah berhala-berhala. Kemudian surah ini diturunkan untuk menjawab hal itu.
Keutamaan Dan Kelebihan Surah Al-Kafirun
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:
- Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
- Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
- Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
.
+ comments + 1 comments
Ada batas yg jelas antara Islam dan kafir, dan ada perbezaan yg ketara antara cara hidup Islam dan cara hidup kafir ! Amalkan dan hayati makna surah di atas, InsyaAllah akan jelas bagi kita perbezaan Islam dan kafir dlm segenap perkara dan segi ! Mudah mudahan kita dibimbing Allah swt ke jalanNya ! Amiin.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...