MANSUH AKTA HASUTAN TERIMA TENTANGAN, NAJIB SEDIA BERUND______?

7 Sept 20142comments

MANSUH AKTA HASUTAN TERIMA TENTANGAN, NAJIB SEDIA  BERUNDING! 


Bimbang akan desakan rakyat berhubung cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan satu akta yang baru, Najib memberi jaminan untuk berunding mengenai pemakaian akta baru yang akan digubal menggantikan akta Hasutan. 

Umum mengetahui , Malaysia yang mempunyai kepelbagaian fahaman , budaya dan anutan bukan sahaja memerlukan tahap toleransi yang tinggi , malah memerlukan akta-akta pencegahan yang melibatkan soal perpaduan dan keselamatan agar tidak berlaku perselisihan faham sekaligus membawa kepada kehancuran sebuah negara dan rakyat. 

Akta Hasutan merupakan salah satu akta pencegahan yang diamalkan di bawah undang-undang Malaysia. Akta Hasutan juga melindungi hak-hak dan perkara - perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. 

Diharapkan , Najib dan barisan kepimpinan pemerintah dapat memberikan sebuah pemikiran yang strategik demi keselamatan negara dan rakyat. Jangan diturut desakan-desakan yang akan merugikan negara dan rakyat dengan menggadaikan sebuah akta yang telah terbukti berjaya mengekalkan kemerdekaan negara selama 57 Tahun selepas kita dijajah selama 400 tahun lamanya. 


Petikan Berita: 

PUTRAJAYA 8 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan membuat keputusan yang akan menyebabkan masyarakat berasa bimbang berhubung Akta Hasutan.Beliau berkata, kerajaan akan mengadakan rundingan dengan semua pihak berkepentingan mengenai pengekalan atau pemansuhan Akta Hasutan."Jika akta baharu diperkenalkan, mesti lebih baik daripada akta sedia ada," katanya dalam majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140908/dn_26/Rundingan-dengan-semua-pihak-mengenai-Akta-Hasutan#ixzz3CgTq1c00 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Share this article :

+ comments + 2 comments

3 October 2014 at 06:20

Great post, I believe website owners should acquire a lot from this web site its real user genial. So much wonderful info on here.

Anonymous
30 October 2014 at 07:17

Je découvre ton site il est magnifique super bravo a toi
voyance par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team