SALAM TAKZIAH DARI KAMI RAKYAT NEGERI SEMBILAN BUAT KELUARGA ALLLAHYARHAM UNDANG LUAK JELEBU , MENTERI AKHIRULZAMAN . ALFATIHAH

11 Sept 20143comments

SEREMBAN 12 Sept. - Undang Luak Jelebu, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab , 77, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini malam tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya lewat petang semalam.
Pegawai Daerah Jelebu, Mohamed Roduan Ujang ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, Almarhum tidak sedarkan diri ketika dibawa ke HTJ untuk mendapatkan rawatan.

“Almarhum terjatuh dan telah dibawa ke HTJ. Almarhum disahkan meninggal dunia di hospital malam ini," katanya ketika di hubungi di sini.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias semasa ditemui di HTJ memberitahu beliau dimaklumkan Almarhum terjatuh kerana serangan jantung.

“Jenazah Almarhum telah dibawa ke Balai Undang Jelebu pada pukul 10.30 malam ini dan akan disemadikan esok selepas solat Jumaat di Jelebu," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Sementara itu, di pekarangan HTJ, beberapa orang kenamaan dilihat berada di situ termasuklah Undang Luak Rembau, Dato' Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri.
Almarhum dinamakan sebagai Undang Luak Jelebu pada 4 Februari 1980 dan dimasyhurkan pada 20 November 1981 mengikut adat istiadat negeri ini. - Utusan



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140912/dn_01/Undang-Luak-Jelebu-meninggal-dunia#ixzz3D3oe6LMy
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Share this article :

+ comments + 3 comments

3 October 2014 at 05:12

blog yang sangat menarik, ia adalah idea yang super, anyway apa pekerjaan!
Ini adalah kerja yang akan menjadi banyak orang yang saya fikir, bravo!
Ada satu petang yang bagus .

21 October 2014 at 04:57

benar-benar baik blog, adalah sumber besar maklumat, tuah kepada anda dan terima kasih sekali lagi kerana berkongsi bagus ini

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team