TANGISAN ROHINGYA , MANA SUARA LANTANG SUHAKAM?

27 May 20151comments

1. Rakyat Malaysia sudah pastinya pelik dengan kebisuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam kes yang melibatkan jenayah terancang Pemerdagangan Orang Masyarakat Rohingya yang sedang melanda Negara-Negara ASEAN termasuk Malaysia!
 
2. Mana suara SUHAKAM dalam mendepani isu Orang Islam Rohingya dieksploitasi sehingga membawa kepada kematian dan ada yang menggelar tragedi menyayat hati orang Islam Rohingya yang dikurung tanpa makanan di dalam hutan sebagai mengimbau tragedi perang Vietnam!
 
3. Selain SUHAKAM, parti-parti politik yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia seperti terkunci mulut dan tindakan mereka sebagaimana terkuncinya MULUT pemenang Nobel Keamanan Dunia Aun Sang Suu Kyi !
 
4. Hanya Presiden PAS (Hadi Awang)  sahaja yang memuji dan menghargai tindakan kerajaan yang memberikan penempatan sewajarnya kepada pelarian Rohingya di Dewan Rakyat, Pimpinan Parti Politik yang lain lebih gemar melalak di jalanan semasa Individu seperti S. KUGAN dan Teoh Beng Hock dikatakan perlu mendapat pembelaan.
 
5. Apa SUHAKAM dan DAP TIDAK menganggap seksaan ke atas  Masyarakat Islam  Rohingya SEBAGAI SATU PENCABULAN HAK ASASI? Mana suara SUHAKAM?! Mana kata-kata dorongan SUHAKAM terhadap Kerajaan Malaysia yang berhempas pulas mahu menyelesaikan perkara ini dengan seadil - adilnya?
 
6. Persoalan yang samar sudah semakin jelas sekarang, adakah SUHAKAM dan DAP (Democratic Action Party) mengamalkan Perjuangan Hak Asasi Terpilih IKUT AGAMA!!?

SEBARKAN JIKA ANDA MAHUKAN KEADILAN BERPAKSI KEBENARAN!
Share this article :

+ comments + 1 comments

Terima kasih atas nasihat yang baik ... ia adalah baik untuk dibaca ... ..dan ...... pengajaran.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team