KAJIAN NAK KENAKAN TOL TERHADAP MOTOSIKAL BUKAN DARI PIHAK KERAJAAN.

14 May 20152comments

Kajian Nak Kenakan Tol Terhadap Penunggang Motosikal Hanya Dakyah Pembangkang

Tiba-tiba tersebar berita palsu kononnya Putrajaya sedang mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara. Malah berita lama dan basi yang pernah di siarkan akhbar berbahasa Cina turut disebarkan dan Pengarang Nanyang, Foo Tick Fat, sendiri mengakui ia berita lama.

 
Berita palsu yang tersebar di media sosial itu juga jelas berniat jahat apabila turut memetik  Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
 
Apa yang disebarkan di media sosial termasuk dalam bentuk infografik itu sebenarnya adalah dakyah palsu pembangkang yang cuba memburukkan kerajaan dan pemimpin BN.
 
Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mencadangkan Tol dikenakan terhadap penunggang motosikal ialah pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Hajah Fuziah binti Salleh. Laporan yang disebar semula di laman sosial adalah berita lama yang dikitar semula dan ia tidak betul sama sekali.
 
Semak hansard Parlimen bertarik 12 November 2013 untuk mendapat berita yang sahih dan tepat
 
Petikan hansard antara lain adalah seperti berikut;
 

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan]  (PKR) :

 minta Menteri Kerja Raya menyatakan sebab sebab motosikal berkuasa tinggi tidak perlu membayar tol walaupun mempunyai CC yang besar
dan ada kalanya setaraf dengan sebuah kereta.



Menteri Kerja Raya [Datuk Haji Fadillah bin Yusof] (BN) :

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan
Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenan dengan tol di lebuh raya negara ini ditentukan mengikut kapasiti enjin atau CC kenderaan tetapi sebaliknya ia dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan itu. Sehubungan
itu motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua gandar ataupun dua roda iaitu motosikal yang dikecualikan daripada kutipan tol. Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya kecuali di Lebuhraya Link Kedua Malaysia–Singapura iaitu di Plaza Tol Tanjung Kupang dan di Jambatan Pulau Pinang di mana motosikal turut dikenakan tol.
 
Penetapan tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Terima kasih.
 

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] (PKR):

 

Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, aduan ini banyak datang daripada pengguna-pengguna jalan raya yang merasakan ketidakadilan di dalam hal ini. Ini kerana kalau kita tengok kereta kancil, mereka bayar tol dan orang yang pakai kereta kancil ialah orang yang tidak ada kemampuan untuk beli kereta mewah berbanding dengan orang yang beli motosikal besar. Motosikal besar ini ada yang lebih mahal daripada kereta kancil. Jadi persoalan saya, sepatutnya memang kita tidak bayar tol semuanya. Kalau ikut Pakatan Rakyat semua tidak payah bayar tol. Akan tetapi adakah usaha daripada pihak kementerian untuk mengkaji semula dan untuk melihat dan meneliti supaya berlaku keadilan dalam isu ini dan tidak berlaku zalim kepada
pengguna-pengguna jalan raya seperti yang bawa kereta kancil ini berbanding dengan motosikal besar? Terima kasih.
  

Menteri Kerja Raya [Datuk Haji Fadillah bin Yusof](PKR) :

 
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan
Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan tol di lebuh raya negara ini ditentukan mengikut kapasiti enjin ataupun CC kenderaan tetapi sebaliknya ia dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan itu. Sehubungan itu motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua gandar ataupun dua roda iaitu motosikal yang dikecualikan daripada kutipan tol. Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya kecuali di Lebuhraya Link Kedua Malaysia–Singapura iaitu di Plaza Tol Tanjung Kupang dan di Jambatan Pulau Pinang di mana
motosikal turut dikenakan tol.

 Penetapan tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Terima kasih.

Untuk hansard penuh boleh semak di laman web Parlimen Malaysia.

Jika di semak kandungan hansard orang yang beria-ia mahu Tol dikenakan terhadap penunggang motosikal adalah pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Kuantan, bukan pemimpin BN. Justeru orang ramai tidak seharusnya cepat terpedaya, sebaliknya semak kesahihan berita yang disebarkan terlebih dahulu.

Share this article :

+ comments + 2 comments

4 June 2015 at 15:57

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

16 June 2015 at 08:35

Tahniah ikhlas untuk laman web anda! Ia banyak membantu saya dan dinikmati, terutama semua saham anda adalah menarik. Umur panjang ke laman web anda. Di atas semua, tidak pernah berputus asa; blog anda adalah benar-benar di atas!
Nasib baik

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team