MEMALI : PENYAKIT PERSEPSI , KEBENCIAN DIBAJA

17 Aug 20178comments

1. Baru-baru ini Isu Memali yang kian redha dilihat dibangkitkan kembali dek kerana kelompok yang telah lama berdendam dengan Tun M mempersoal kembali TUN M untuk mendapatkan jawapan yang sebenar. Malangnya, Tun M tidak menjawab persoalan-persoalan yang timbul dengan tuntas dan berkesan. 

2. Agak lama MHS tidak menulis di blog ini. MHS lebih fokus di medium - medium yang lain yang lebih ringkas dan tuntas .  Namun isu Memali telah "trigger" keinginan MHS untuk menulis kembali di blog ini. 

3. MHS sifatkan tragedi Memali adalah rentetan daripada penyakit Persepsi yang telah menyerang sekelompok penduduk di Kg Memali Mukim Siong. Penduduk sebenarnya telah dimomokkan dengan kebencian terhadap Pihak Berkuasa terutamanya Pihak Polis dan Tentera sehingga sanggup untuk berjuang melaksanakan penentangan. Persepsi kebencian inilah yang ditanam setiap hari sehingga kewarasan sudah hilang dan diganti dengan ketidaksiuman. Jihad yang telah disalah - ertikan. Bagi Pihak Keselamatan , ternyata perkara ini perlu di ' neutralise'kan demi menjaga keamanan sebuah negara. 

4. Betapa bahayanya serangan persepsi kebencian dimainkan dalam sebuah negara . Jangan kita terlalu membenci seseorang , kerana khuatir kebencian yang kita lahirkan itu akan mengundang bahaya buat diri kita sendiri, keturunan dan masyarakat. 

5. Pada hari ini, budaya membenci sentiasa disemai dan dibaja oleh pihak-pihak yang tidak sehaluan. Habis semua perkara diperkaitkan dengan KEZALIMAN dan KEBENCIAN terhadap pihak berkuasa. Daripada harga barang yang dipermainkan oleh "Taukeh-taukeh dan orang tengah" sehinggalah isu kerosakan mesin tiket MRT , semuanya letak atas bahu Kerajaan dengan harapan kebencian itu akan menguntungkan politik sesetengah pihak. Apakah kita tidak menilai pemupukan budaya ini adalah satu pemupukan budaya yang songsang?? 

6. Lihat sahaja dalam kes Tun M yang kini bersama dengan geng Harapan. Bukankah dahulu DAP dan PKR lah yang membenci Tun M ?? terus menerus tanpa henti melabelkan orang tua itu Maha Zalim, Maha Firaun dan sebagainya. Akhirnya demi politik, mereka terpaksa menjilat balik keseluruhan tuduhan itu . 

7. Cukuplah dengan politik kebencian. Ia tidak akan memberi makna untuk masa depan negara. 

ADIOS… 

MHS 
18 OGOS 2017 
Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
19 August 2017 at 02:02

Bila datang fahaman wahabiyah, datanglah kebencian sesama Islam, bermusuhan sesama Islam dianggap memperjuangkan agama, bunuh membunuh sesama Islam dianggap jihad.
Amanat 81 yg bernatijah dgn peristiwa memali, pulau memulau, kafir mengkafir, solat 2 imam dll. Sumbernya utamanya, dr uni madinah. Hentikan penghantaran anak anak kita ke sana.

29 August 2017 at 04:42

Hi, thank you very much. good job.

31 August 2017 at 01:57

Hi, thank you very much. good job.

23 November 2017 at 07:28

Very interesting !!! Does the set in my bookmark!
tirage carte gratuit amour

27 March 2018 at 07:28

votre site et vos créations sont magnifiques j'adore merci
voyance gratuitement

27 September 2019 at 07:12


Un petit pour vous dire que votre blog est super!

voyance gratuite en ligne

11 February 2020 at 02:08

Elle a l’air délicieuse cette recette. Sûrement je vais l’essayer !
voyance gratuite par email

Anonymous
24 May 2022 at 05:18

Très bon article, comme toujours. Il a le mérite de susciter le commentaire 

cabinet de conseil et de formation

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team