PR dilihat bakal menganjurkan ceramah umum besar-besaran bagi memperjelas kepada penyokong mereka sendiri mengenai hala tuju 'pernikahan' mutaah mereka. Perkara ini dilihat puak-puak dalaman PR sebagai langkah yang perlu diadakan setelah melihat kepincangan ini menyebabkan penyokong mereka sendiri terpinga-pinga.
Wujud juga perpecahan yang ketara terhadap pendapat individu di dalam PR terutamanya pimpinan-pimpinan PAS Negeri . Di antara sokongan terhadap gagasan rapuh Pakatan Rakyat atau sokongan terhadap Prinsip Keadilan Sejagat.
Ada pendapat dalam kalangan mereka, tindakan PAS untuk tidak memihak kepada langkah PKR dalam usaha pengusiran Tan Sri Khalid Ibrahim adalah usaha yang konsisten sebagaimana mereka memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim semasa dipecat di dalam Kerajaan pada tahun 1998.
Jika PAS benar-benar berpegang kepada prinsip KEADILAN, Tan Sri Khalid wajar diberikan peluang dan ruang untuk membela diri dan bukannya menukar pimpinan tertinggi negeri dalam sekelip mata sepertimana pembelaan dan sokongan PAS terhadap DSAnwar Ibrahim terhadap kes Liwat yang sedang dihadapinya. Pendapat ini dikemukakan ramai penyokong dan pimpinan PAS yang bukan melihat kepada politik sempit, tetapi melihat kepada keadilan yang menyeluruh.
Sekiranya PAS menukar arah dan bersikap 'double standard' sepertimana rakan mereka dalam DAP dan PKR dalam perjuangan menegakkan keadilan, maka objektif PAS ternyata telah terpesong dalam prinsip Islam yang disebutkan di atas.
Adil iaitu Meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya manakala ZALIM ialah tidak meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.
Usaha mereka menganjurkan Ceramah Umum seluruh negara seperti biasa adalah usaha puak-puak yang cuba menegakkan benang yang basah.
+ comments + 2 comments
I'm really proud to be discovered, your blog is really great! I like its interface, and I too loved the content too. Especially keep it up!
voyance gratuite par mail
wahai semua penganut agama Buddha,
YIP KUM FOOK (MCA Gombak) adalah kesilapan yang paling besar kerana dia menghalau sami dari Kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI) Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur ... dia tidak tahu bahawa kuil itu diasaskan oleh Sami Buddha ini, dia hanya menjadi presiden kuil, dan sekarang ramai orang bercakap tentang apa yang dia lakukan dengan Sami Buddha.
Buddha adalah 2500 tahun yang lalu tetapi tidak pernah mendengar yang baru seperti itu, dia boleh berbuat seperti itu, semoga anda menghina dan memberontak kepada Buddhisme dan anda adalah relatif dan memusnahkan Buddha dalam kehidupan terdahulu... anda adalah jawatankuasa kuil tetapi tidak pernah tahu tentang ajaran Buddha sama sekali, jika anda tahu apa yang Buddha ajar, anda tidak akan melakukan perkara sedemikian atau perkara tersebut
YIP KUM FOOK (MCA Gombak) dan pasukan dia sangat gembira kerana mereka berjaya mengeluarkan Sami Buddha dari kuil Buddha tetapi anda tidak tahu apa yang akan berlaku di belakang, semua yang anda(mereka) lakukan akan tercatat dalam fikiran orang dan semuanya tidak dapat dipadamkan dari fikiran orang
kini kuil menjadi tempat pembuangan malang olih jawatankuasa, dan juga ramai penganut yang mengetahuinya, jadi penganut cina tempatan tidak berjalan di kuil, hanya penganut Myanmar sahaja yang masuk, mereka masuk kerana Sami Buddha Myanmar bermastautin di kuil.. jawatankuasa kuil mengupah mereka untuk menjaga kuil
Rakyat Desa Jaya, Kepong
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...