SALAHKAH CINTA KEPADA NEGARA? ANALOGI NEGARA DAN RUMAH TINGGALAN MAK DAN ABAH KITA..

29 Aug 20142comments




1. Perkara ini kerap diperbincangkan dan diperlekehkan oleh warganegara Malaysia yang kononnya berpegang kepada amalan Agama Islam yang dipelajarinya tinggi sehingga ke luar negara, Universiti Islam terkemuka Peringkat Dunia katanya. 

2. Ada juga yang menyatakan sikap Cintakan Negara tidak wujud dalam Islam dan ada yang menyatakan ianya adalah acuan dan buatan masyarakat barat yang mahu melihat negara - negara Islam itu berpecah dan masing-masing menjaga negara masing-masing. 

3. Namun, sehingga tahap itukah fahaman kita terhadap Elemen Cinta kepada Negara? Tidakkah elemen Cinta kepada negara sama seperti kita sayang akan keluarga dan rumah kita? 

4. Pembaca MHS boleh bayangkan sekiranya kita mempunyai 7 orang dalam satu keluarga dan setiap penghuni di rumah berkenaan tidak mempunyai perasaan sayang akan rumah yang dibina atau dibeli oleh bapanya sendiri. 

5. Sudah tentulah kacau bilau jadinya rumah berkenaan. Mungkin rumah berkenaan bersepah , sampah sarap boleh sahaja dibuang di dalam rumah dan tidak dicat dan disusun semua perabutnya. 

6. Apa akan jadi kepada rumah berkenaan. MHS pasti setiap di antara kita sememangnya sayang akan rumah kita sendiri terutamanya rumah kita yang mempunyai NILAI sentimental bersama arwahyarham ibu dan ayah kita sendiri. 

7. Ya , Ironinya cinta kepada rumah tiada tercatat dalam hadith mahupun Al Quran untuk diperdebatkan. Sama lah ia dengan negara.

8. Negara ini adalah sebuah rumah tinggalan keturunan kita. Salahkah kita sayang akan negara kita? Kita sayang akan negara kita selaku negara Islam , Malaysia tanah tumpahmya darah kita. Salahkah kita bersifat sedemikian ? 

9. Sebuah negara yang kita sayangi pasti akan terpelihara dari segala ancaman dan malapetaka. Sebuah negara yang maju dan progresif sahaja yang dapat membantu negara-negara Islam yang lain yang ditimpa bencana dan musibah. Contoh terbaik, lihat sahajalah kemampuan kita untuk membantu Negara Palestin. Cukup cantik, cukup indah , Alhamdulillah. 

10. Fikirlah, jiran yang sihat emosi keluarganya sahaja yang dapat membantu jirannya yang hidup dalam kesusahan. 

Sekian, salam Merdeka. Di sini Lahirnya sebuah Cinta.... 

Allahuakbar!

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
29 August 2014 at 01:49

57 tahun merdeka..
Tahun 2020 pencapaian negara maju..
Dalam tahun ini saja dah berpuluh malah ratusan juta kerajaan belanjakan untuk dua tragedi MH 370 dan MH17.. MALAH..
Kutipan untuk Tabung Palestine juga tak kurang dari puluhan juta...
Tapi sayang..bila terlihat di Malaysia khasnya Trengganu masih lagi ada manusia yg miskin dibumi ini...MALAYSIA bangga di mata orang rakyat melukut di tanah air sendiri...itulah yg NAJIB BAHLOL banggakan..

5 September 2014 at 07:09

This blog is so nice to me. I will continue to come here again and again. Visit my link as well.
voyance par mail gratuite

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team