NIZAR JAMALUDDIN TERLEPAS HUKUMAN , MOHON MAAF KEPADA NAJIB RAZAK

28 Oct 20151comments

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan ADUN Changkat Jering yang juga merupakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lalu.
Nizar dilepas dan dibebaskan selepas beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Najib di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.
Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya ada menerima permohonan daripada Mohammad Nizar dalam surat bertarikh 22 Oktober lalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.


Nizar didakwa memfitnah Najib dalam ceramah di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012 di mana beliau mendakwa telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri telah memanggil panglima Angkatan Tentera dan mengarahkannya membuat sesuatu jika Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Share this article :

+ comments + 1 comments

13 May 2016 at 07:40

Anda pasti dapat melihat kepakaran anda dalam kerja anda menulis. Dunia berharap untuk penulis lebih bersemangat seperti anda yang tidak takut untuk mengatakan bagaimana mereka percaya. Sentiasa mengikuti jantung anda.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team