HATI-HATI RESTORAN 'HALAL' MASAKAN CINA DI OAKLAND SEREMBAN MERAGUKAN JHEINS

6 Feb 20155comments

SEREMBAN - Sebuah restoran makanan Cina yang terkenal sering dikunjungi pelanggan Melayu di Oakland, di sini, diperiksa pasukan penguatkuasa setelah status halal di premis tersebut, diragui.

Operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KDNKK) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) itu bermula pada jam 12.30 tengah hari, diketuai Ketua Unit Perihal Dagangan Negeri Sembilan, Mastura Arifin, bersama 16 pegawai termasuk kakitangan JHEAINS.

Menurut Mastura, sebanyak lima premis perniagaan diperiksa, dan hanya kedai makan itu saja dikesan melakukan kesalahan, manakala selebihnya hanya diberi nasihat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di kedai makan itu mendapati, ia dimiliki seorang pengusaha bukan Islam, malah tukang masaknya juga terdiri daripada bukan Islam.

“Tiada sebarang logo atau sijil halal diperolehi restoran tersebut sejak sijil halal yang diperolehi pada 2009 tamat tempoh.

“Lebih memeranjatkan lagi, ayam yang digunakan di kedai makan itu juga diragui kebersihannya.

“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, ayam digunakan untuk memasak di kedai itu dipercayai diperolehi daripada pengedar bukan Islam, memandangkan tiada sebarang logo halal di plastik tersebut, selain cara potongan ayam itu juga diragui.

“Malah, kedai tersebut juga diragui statusnya, selain mempunyai persekitaran yang kotor,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada sebarang kesalahan dikesan di kedai tersebut, cuma pihaknya berjaya membongkar bahawa kedai tersebut sebenarnya adalah milik pengusaha bukan Islam.

“Kita sekadar mahu menyedarkan masyarakat Islam, bahawa kedai ini bukan seperti yang mereka fikirkan, memandangkan kita dapati hampir semua pelanggan kedai makan ini terdiri daripada orang Islam.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan kepada masyarakat Islam supaya sentiasa berhati-hati dan memilih kedai makanan yang telah ditetapkan oleh syarak,” katanya. -SINAR HARIAN 
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
6 February 2015 at 02:31

KENAPA TAK TULISKAN NAMA RESTOREN TERSEBUT? SEKADAR TULIS MACAM INI LEBIH BAIK TAK PAYAH TULIS....MACAM SIAL JE BUAT KERJA MACAM NI

Anonymous
7 February 2015 at 01:59

Ok..sy tau..sy jwbkan..kedai tu name nye victory..siap tulis masakan muslim..dia sy mkn kat situ mmg terpampang logo halal kat kedai..tp beberape tahun bebaru ni sy tgk logo halal terselit belakang2 bekas simpan brg..sejak tu sy tak tapau lg..lagipun dulu sy berkawan dgn pembekal ayam kedai dia..mmg dr org islam..tp sekrg pembekal da xtau sape...

8 February 2015 at 19:07

anon, Admin menyeru supaya kita berhati2 dengan restoran yang meragukan. bukan hanya tengok orang Melayu ramai makan, maka kita pun makan. Budaya orang melayu yang suka tengok orang. walhal budaya begitu tidak baik

1 June 2017 at 04:48

Saya walaupun mungkin berkata bahawa kadang-kadang saya belajar banyak perkara pada beberapa blog.

Anonymous
5 October 2017 at 21:53

cina banyak tipu melayu...

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team