PRESIDEN SUDAH BERI SIGNAL JELAS. 1 PIHAK SUDAH BANYAK BERKORBAN. APA TUNGGU LAGI? #PerpaduanUmmah

25 Feb 20153comments

1. Signal jelas telah diberikan oleh Presiden UMNO , Najib Razak apabila mengumumkan UMNO tidak akan bertanding dalam PRK Dun Chempaka bagi menumpukan gerak kerja bantuan pemulihan banjir rakyat Negeri Kelantan tersebut. 

2. Hakikat sebenarnya, UMNO telah berkorban dengan memberikan kerusi Dun Chempaka tinggalan Allahyarham TG Mursyidul Am Pas yang baru sahaja menemui Allah Azza Wa Jalla. 

3. Hakikat seterusnya, UMNO telah berkorban menulikan telinga dan membutakan mata mereka terhadap kecaman yang pasti hebat dari komponen Barisan Nasional terutamanya dari MCA dan Gerakan sama ada secara bisik-bisik atau terang-terangan apabila UMNO memberikan laluan mudah kepada 'musuh' Barisan Nasional iaitu PAS. 

4. Hakikat seterusnya, Najib selaku Presiden UMNO telah menukar dimensi baru terhadap lanskap politik negara apabila dengan mudah dan tepat mengeluarkan arahan agar jentera UMNO tidak akan berada di DUN Chempaka untuk menentang PAS. 

5. Apa lagi yang orang - orang Melayu gaduhkan, apa lagi yang pengikut PAS telagahkan. Ingatlah , rakan yang baik adalah rakan yang berada dengan kita semasa senang dan susah kita. 

"A Friend in Need is a Friend indeed "


-Myhomesoil 26 Februari 2015- 




Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
25 February 2015 at 18:59

Yg busuk hati, sentiasa berburuk sangka, konco setan pasti membantah.

6 March 2015 at 07:48

I stumbled upon your blog very interesting! ! Thank you for giving us this moment of pure happiness .

12 March 2015 at 06:43

Selamat atas situs Anda! Sungguh, itu bagus dan seperti yang saya lihat di posisi pertama memang benar bahwa berbagi dan antarmuka web yang benar-benar anugerah untuk gaya kerja. Benar-benar terima kasih yang besar!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team