KHABAR - KHABAR ANGIN : ALLAH TELAH BERFIRMAN , NABI TELAH BERSABDA. KITA MASIH LAGI PERCAYA PADA FASIK / KUFFAR PENYEBAR FITNAH?

13 Apr 20153comments

KHABAR - KHABAR ANGIN : ALLAH TELAH BERFIRMAN , NABI TELAH BERSABDA. KITA MASIH LAGI PERCAYA PADA MEREKA?


Allah berfirman, maksudnya:-
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].



Sudah jelas dalam Firman Allah, jika sekiranya kita dapat satu berita dari orang FASIK , Allah S.W.T menyuruh kita semak dahulu dengan TELITI! Apatah lagi jika kita dapat berita dari penulis-penulis Kuffar seperti Tracy Patrick ini, dan dari sumber-sumber Kuffar seperti MalaysiaKini , Sabah Daily Express  dan sebagainya yang nyata mempunyai agenda tersembunyi untuk melaga-lagakan sesama umat Islam.

MHS tidak percaya bagaimana umat Islam kini boleh percaya dengan bahan jenaka yang tidak benar terus menyerang karakter pemimpin. Inilah yang dikatakan "Character Assasination". 

Kita bukan tidak tahu sejak Hasan Malek, kemudian Ahmad Maslan dan kini Ismail Sabri. Tahukah anda serangan ke atas Ismail Sabri, Menteri Pertanian dibuat selepas pengumuman Kementeriannya telah Berjaya menghapuskan orang tengah Pertanian melalui JIhad Menentang Orang Tengah?!

Terang lagi bersuluh, mereka amat takut dengan tindakan bijak pemimpin ini dan menyerang balas menggunakan medium yang ada pada mereka untuk menggagalkan perjuangan Jihad Menentang Orang Tengah ke atas sektor Pertanian. Apa yang bodohnya, orang-orang Islam yang banyak mendapat manfaat dari hasil usaha Jihad menentang orang Tengah ini lah yang menjadi penyebar kepada Fitnah Terbaru terhadap Pemimpin ini.

Astaghfirullah Al Azim !




 
KENYATAAN ISMAIL SABRI SEBENAR :
 
ISMAIL SABRI menafikan laporan sebuah akhbar yang memetiknya sebagai menyamakan sikap tidak mempercayai Datuk Seri Najib Razak dengan tidak mempercayai Allah.
Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata kenyataannya sekadar mengaitkan kewajipan seorang umat Islam mempercayai sumpah yang dibuat atas nama Allah, selaras dengan tuntutan Islam. Semua yang hadir faham akan maksud saya kerana ia adalah majlis rasmi Kerajaan!
 
Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata demikian sewaktu mengulas laporan Sabah Daily Express yang kini dikongsi secara meluas di laman sosial.
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
14 April 2015 at 00:42

Itulah melayu yg tdk sedar.org nak tolong tak nak.bila dah susah baru nak bantuan,nak demo dan sebagainya.tahniah kpd datuk ismail yg tegas. Teruskan bantuan kpd yg perlu.jangan lupa kalau perlu,saman sahaja penulis yg tak badad

Anonymous
14 April 2015 at 21:08

Peluru fitnah dan adu domba adalah mesej yang boleh disalurkan secara terus ataupun melalui sebaran am. Dunia politik benda ni adalah propaganda yang menjadi strategi untuk menentang musuh politik mereka. Ia terbukti berkesan.

15 May 2015 at 07:07

Laman web yang sangat baik! Saya merasa sangat meriah, bijaksana dan lebih lagi muka lebih cantik dan ilustrasi adalah menyeronokkan! Saya ingin anda nasib baik dan nasib yang baik untuk masa depan dan kesinambungan tapak ini indah
Hormatnya

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team