TERKINI! SAINTIS TEMUI SPISIS BARU MENYERUPAI KITARAN NYAMUK DAN LALAT DI MALAYSIA!

19 Apr 20152comments

 
 

Kitaran Hidup Lalat

 
 
 

Kitaran Hidup Spesies Baru ditemui Saintis Malaysia

Wan Azizah Selaku Presiden PKR mencalonkan dirinya sebagai calon Permatang Pauh semula
 
BERITA :
 
 
PERMATANG PAUH 19 April - Pas kawasan Permatang Pauh hari ini menuntut Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka mengenai hudud jika mahu mendapatkan sokongan Pas pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu pada 7 Mei ini. ABDUL HADI AWANG Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, Pas hanya akan meneruskan kerjasama jika PKR memohon maaf secara terbuka sebelum penamaan calon pada 25 April ini.
 
Beliau berkata, pendirian itu adalah keputusan ahli-ahli akar umbi dalam mesyuarat agung Pas kawasan Permatang Pauh hari ini. “Jika bersetuju, Pas Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama Pas-PKR dalam pilihan raya kecil itu. Kalau mereka masih berkeras, tidak mahu menarik balik kenya­taan itu, kita tengoklah macam mana,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Pas Kawasan Permatang Pauh ke-38 di Dewan Yusof Ar-Rawa di Sama Gagah di sini hari ini. Majlis perasmian di­sempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Melor, Dr. Md. Yusnan Yusof. Pada Mac lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dipetik sebagai menyifatkan hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui pakatan pembangkang.
 
Beliau berkata, dasar bersama yang dipersetujui DAP serta Pas adalah berkaitan ekonomi, pendi­dikan dan keselamatan malah Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010. Ditanya mengenai pendirian Pas jika PKR mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pada PRK Permatang Pauh, Omar berkata, ia masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai perkara itu. Selain itu, di­ta­nya berhubung ‘kejutan’ yang akan dibuat Pas Permatang Pauh sekiranya PKR dan DAP ‘menyinggung’ dasar perjuangan yang didukung oleh parti itu, Omar berkata, kalau beliau beritahu sekarang sudah tidak menjadi kejutan. ‘Pas Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada mana-mana calon-calon yang bertan­ding dalam PRK itu. Sebagai jentera parti, kita sentiasa bersiap sedia,’ ujarnya. Pada masa yang sama Omar berkata, pihaknya juga tidak berhasrat untuk membelakangkan keputusan Pas pusat dalam membuat sebarang pertimbangan. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-permatang-pauh-gesa-pkr-mohon-maaf-1.82791#sthash.E7fsBVD0.dpuf
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
20 April 2015 at 11:03

Selagi ada penykong yang bodoh lagi bangang, spesi ini akan terus jadi parasite dalam komuniti.

15 May 2015 at 07:06

Hello;
Dia baik; Laman Anda! Banyak untuk melihat dan tahu ... saya memasukkannya ke dalam kegemaran saya, dan saya akan pasti.
Nasib baik dan kehidupan panjang ke blog anda!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team