RAKYAT MALAYSIA DI YEMEN DIKELUARKAN!

2 Apr 20152comments

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia di Yaman yang terperangkap berikutan serangan udara oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh Arab Saudi akan dipindahkan dengan secepat mungkin, kata Kementerian Luar hari ini.
  
Menurut kenyataan kementerian itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pertahanan bersama Kedutaan Malaysia di Sana'a kini bekerjasama rapat untuk menyelaraskan tindakan serta terus memantau situasi di negara itu.
  
"Oleh kerana situasi di Yaman masih bergolak, kementerian ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya mengelak atau menangguhkan semua perjalanan yang tidak perlu ke Yaman," kata kenyataan itu.
  
Rakyat Malaysia di Yaman dinasihatkan supaya mendaftar dengan Kedutaan Malaysia yang terletak di Iran Street, Hadda.
  
Orang ramai boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-8887 4300, 8887 4265 semasa waktu pejabat dan di talian 03-8887 4570 untuk maklumat lanjut dan terkini berhubung dengan perkembangan di Yaman.
  
Media melaporkan bahawa tentera bersekutu yang diterajui oleh Arab Saudi telah melancarkan serangan udara ke atas kedudukan puak pemberontak Houthi di ibu negara Yaman itu ketika perang saudara di negara Teluk yang strategik itu mengancam untuk merebak menjadi peperangan serantau. - Bernama
Share this article :

+ comments + 2 comments

9 April 2015 at 06:11

Terima kasih kepada anda, saya telah belajar banyak perkara yang menarik. Saya berharap untuk mengetahui lebih lanjut. Saya mengucapkan tahniah kepada anda untuk berkongsi ini indah. Teruskan ini!
Yang benar

7 August 2016 at 22:44

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team