ISU ROHINGYA DAN PENGEMIS . UNTUK WARDINA SAFIYA NILAIKAN!

18 May 20154comments

1. Isu Pendatang Rohingya yang dilihat mengganggu emosi rakyat Malaysia dan Negara kita telah menunjukkan segelintir rakyat kita cepat melatah dan melompat. MHS nampak keperluan Negara untuk bertindak secara bijak dalam mengurus kebanjiran rakyat Negara asing ke Negara ini.
 
2. Malaysia sering menjadi Negara yang dilihat bersimpati dengan kumpulan - kumpulan pendatang ini. Disebalik kemakmuran Negara, mereka menjadi pendatang tidak diundang. Sama ada terima atau tidak , Malaysia sentiasa mengamalkan sikap berbaik-baik dengan mereka dengan menyediakan keperluan makanan dan perlindungan sementara sebelum mereka dihantar pulang.
 
3. Malaysia juga bersimpati dengan kemelut yang melanda di Negara mereka di mana penduduk Rohingya dilaporkan dianak tirikan, ada dalam kalangan mereka dibunuh dan sebagainya.
 
4.Disebabkan itulah Malaysia memanggil Negara-Negara Asean termasuk Myanmar untuk berunding, mencari jalan sesuai untuk mengembalikan rakyat Myanmar ini pulang dan hidup dengan selamat dan sejahtera.
 

MALAYSIA PERLU HANTAR ISYARAT TEGAS DISEBALIK KELEMBUTAN

 
5. Pada masa yang sama , Kerajaan Malaysia tidak dapat tidak perlu menghantar isyarat tegas kepada Negara serantau bahawa Malaysia bukannya tempat untuk mereka berhijrah secara membabi buta. Bayangkan jika isyarat tegas tidak dihantar kepada golongan pendatang, boleh jadi satu Negara akan berhijrah ke Malaysia!  Mahukah kita menanggung perkara ini ?
 
6. Merujuk kepada ulasan YAB TPM yang mahukan Malaysia menghantar isyarat tegas dan betul bahawa Malaysia bukanlah tempat untuk mereka berhijrah sebegini rupa. YAB TPM tidak mahu sejarah ratusan ribu pelarian Vietnam di era perang Vietnam datang masuk ke Malaysia sehingga Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa menggazetkan Pulau Bidung sebagai Pulau untuk warga Pelarian Vietnam!
 

KOMEN KEPADA WARDINA SAFIYAA DAN RAKYAT YANG SEANGKATAN DENGANNYA

 
7. Wardina yang mengecam keras Kerajaan Malaysia berhubung isu ini , fikirlah dengan baik komitmen Malaysia. Komitmen Malaysia jelas bahawa akan membantu mana yang boleh atas dasar perikemanusiaan dan hak asasi manusia.
 
8. Tetapi untuk menghantar isyarat bahawa Malaysia sebenarnya memberikan tempat kepada Pendatang Rohingya di Malaysia adalah satu kedangkalan dalam usaha menjaga Negara.
 
9. Wardina dan rakyat yang berfahaman seangkatan dengan Wardina PERLU bertanya pada diri sendiri, jika ada orang yang mengemis meminta wang kepada anda, apa yang anda buat?
    a) Anda akan senyum , beri duit kepadanya
    b) Anda akan menolak dengan keras dan kasar tanpa ada sedikit senyuman
    c) Anda akan bagi duit, dan beri mereka ruang untuk hidup dalam rumah anda sendiri.
 
10. Ternyata Malaysia mengambil pilihan jawapan (A)! Wardina sendiri tidak akan mengambil pilihan jawapan (C)! Maka , kesimpulannya, tindakan Kerajaan Malaysia ketika ini adalah sangat TEPAT!
 
MYHOMESOIL
19 MEI 2015
12.05 TENGAHARI
 
Share this article :

+ comments + 4 comments

16 June 2015 at 08:28

Terima kasih kerana nasihat ini kuat menarik, ia adalah terbaik untuk mencari artikel yang menarik seperti milik anda! Saya ingin anda kesihatan, umur panjang, kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan hati.
Hormatnya

29 August 2015 at 04:58

saya pak junaidih. posisi sekarang di taiwan
bekerja sebagai buruh bangunan dan
gaji saya pun cuma pas-pasan
setiap gajian selalu mengirimkan
orang tua di kampung
sebenarnya pengen pulang tapi
uang saya tidak cukup.
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka2 internet ada seseorng berkomentar
tentang MBAH jonoseuh. katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di taiwan ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun mau berbuat apa lagi.
saya minta angka sama MBAH jonoseuh
angka yang di berikan 4d untuk pemasangan taiawan tembus 100%
dan saya menang 250 jt terima kasih banyak MBAH jonoseuh
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
dan rencana mau pulang ke indon untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI mbah jonoseuh DI NO: 0823 4444 5588
tak ada salahnya anda coba
karna angka ritual MBAH jonoseuh tidak perna meleset
daningat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya..!!!

31 May 2017 at 04:24

Terima kasih kerana nasihat itu. Ia gila di sana sebagai pilihan dan pembangunan percuma! Kita tertanya-tanya bagaimana dia boleh kekal di Web banyak laman web dan goyah bersalah.

11 September 2019 at 21:47

saya wardina.Saya merasakan perkara ini tidak adil kerana orang yg tidak mempunyai ilmu selalu ditindas dan dibuang dari negara sendiri.Tu je kot sekian dari saya wardina cantik.ASSALAMUALAIKUM

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team