SUDAH 500 TAHUN, MELAYU TETAP SAMA.

19 May 20152comments

1. Melayu tetap Melayu. 500 tahun berlalu. Terjajahnya Melaka bukan disebabkan kuatnya penjajah semata-mata, tetapi ia disebabkan oleh rapuhnya benteng pertahanan orang-orang Melayu.
 
2. Melaka gah disebabkan oleh perjuangan Melayu. Melaka jatuh pun disebabkan oleh Melayu.
 
3. Hilangnya Laksamana Hebat Hang Tuah jua disebabkan oleh Melayu sendiri.
 
4. Terbunuhnya Panglima Hebat Melaka, Hang Jebat juga disebabkan Melayu.
 
5. Tidak bersultannya Melaka sehingga kini disebabkan barua Melayu.
 
6. Termetrainya perjanjian 1909 di antara Siam - British pisahkan Tanah Melayu tanpa pengetahuan Pemerintah Tanah Melayu juga kerana kelalaian dan kealpaan Melayu.
 
7. Bersatunya persatuan Melayu, tubuhkan parti Melayu untuk kemerdekaan disebabkan oleh satunya Melayu, pecahnya serpihan parti Melayu untuk tubuhkan parti Pas juga disebabkan oleh Melayu.
 
8. Tanah Melayu hilang sebuah Negerinya (Singapura) disebabkan oleh perpecahan orang-orang Melayu.
 
9. Pecahnya UMNO lagi , muncullah Kelompok Semangat 46.
 
10. Pecah Lagi UMNO , muncullah Parti Keadilan Rakyat.
 
11. Zaman berganti zaman, pemerintah berganti pemerintah, generasi berganti generasi, sikap pecah Melayu masih ada lagi. Kini perseteruan antara mantan Presiden dan Presiden , masih samar penghujungnya tetapi jelas pengakhirannya, Melayu sentiasa dalam kerugian.
 

PERSOALAN, MAHUKAH KITA KEMBALI KE ERA 500 TAHUN YANG LALU?

 
MYHOMESOIL
20 MEI 2015
10:45 PAGI
Share this article :

+ comments + 2 comments

16 June 2015 at 08:29

Terima kasih kepada anda, saya telah belajar banyak perkara yang menarik. Saya berharap untuk mengetahui lebih lanjut. Saya mengucapkan tahniah kepada anda untuk berkongsi ini indah. Teruskan ini!
Yang ikhlas

Saya fikir ia adalah artikel yang sangat menarik asas-asas yang boleh membantu ..
Terima kasih kepada orang itu.
hari yang baik!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team