TAHNIAH TABUNG HAJI! TH DIJANGKA DAPAT KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA! TETAPI...

19 May 20154comments

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Tan Sri-Tan Sri, Dato'-Dato' dan para Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Saya adalah pencarum TH sejak saya berumur 12 tahun. Selama ini saya berdiam diri dalam isu TH kerana saya menganggap isunya hanya mainan orang politik sahaja. Tetapi kini, saya merasakan TH tidak patut mengalah kepada para pengkhianat dan orang yang menyerangnya. 

TH sepatutnya mengukuhkan pendirian mempertahan agenda TH membantu umat Islam dan pencarum TH seperti saya. Sedangkan agenda 'musuh' Islam dan para pengkhianat adalah untuk melihat TH mengalami kerugian!
Tanah TH Ini Sudah Dibangunkan Dengan Pakej Keuntungan Yang Besar Apabila Siap, Kenapa Bodoh-Bodoh Nak Jual?
Saya mendapat tahu, bahawa pakej kerja tanah pertama yang dimulakan pada tahun 2013 hampir siap. 

Pakej infrastruktur seterusnya termasuk pembinaan jalan raya, terowong, struktur bawah tanah dan pemasangan utiliti, kini dalam proses tender. Jadi jika semua proses yang bererti keuntungan sudah dalam tangan dalam bentuk aset-aset ini sedang sukses, kenapa nak jual?

Ramai orang lupa, fasa pertama TRX dijangka siap pada 2018. Bukannya lama lagi pun untuk TH menikmati keuntungan besar! 3 tahun tidak lama, maka Kenapa terburu-buru nak jual sekarang???

Saya juga diberitahu, tanah ini dilengkapi dengan Pelan Induk Devlopment sehingga mudah untuk TH membina menara kediaman yang akan menambah lagi keuntungan.

Daripada kajian saya sendiri, saya mendapati pakej kerja tanah telah dimulakan oleh 1MDB pada tahun 2013. 

Apabila TH membeli tanah itu pada tahun 2015, ia adalah termasuk di dalamnya pakej-pakej yang sangat menguntungkan di bawah. Patutlah berebut-rebut orang nak beli!!! Pakej-pakej itu ialah:-
Kerja Tanah Sudah Dimulakan Pada Tahun 2013, Tabung Haji Membelinya Pada Tahun 2015, Keuntungan Besar Sudah Dalam Tangan Pada Tahun 2018, Kenapa Ada Pengkhianat Dalam TH Suruh Jual? Double Stupid!
1. Tanah 
2. Kerja Tanah 
3. Insfrastruktur 
4. Kereta api laju termasuk ke Singapura (2 rel) 
5. Lebuh raya utama iaitu MEX-SMART-DUKE saling bersambung.
6. Laluan pejalan kaki berbumbung ke Bukitt Bintang dan KLCC.
7. Cukai Insentif Khas oleh Kerajaan
Kerja-Kerja Tanah Ini Bukan Suatu Keuntungan kah? Kamu Di Dalam Board TH Bukalah Minda Buktikan Pembelian Tanah Ini, Sangat Menguntungkan, Jangan Dijual, Pertahankan Untuk Pencarum, Jaga Harta Itu Baik-Baik!!! Saya Tidak Akan Maafkan Kamu Jika Kamu Jual Harta Pencarum Sewenang-Wenangnya!!!
Kesimpulan
Nilai tanah TRX itu telah menikmati nilai tambah yang semakin tinggi. Dengan nilai yang semakin meningkat itu, cuba anda bayangkan nilainya apabila sudah siap dengan bangunan pada tahun 2018!. Bukankah keuntungannya akan berlipatkali ganda!!!

Oleh itu, saya selaku pencarum TH sejak 30 tahun dahulu mendesak TH tidak menjual aset ini. Bukan untuk saya, tetapi untuk generasi umat Islam yang akan datang. 

Saya juga mendesak Perdana Menteri supaya mengabaikan para pengkhianat di sekelilingnya, dan mengarahkan TH untuk menjaga harta itu untuk kebaikan pencarum TH seperti saya. 

Kepada para pencarum TH, marilah kita bangun mendesak TH supaya tidak menjual tanah itu dan membangunkan 'tanah pusaka' itu tanah kita para pencarum sekalian.

Saya mencabar TH supaya membuktikan kepada para pengkhianat bahawa selama ini TH adalah di landasan yang betul. Sedarlah kamu di dalam TH bahawa TH sebenarnya telah dikhianati dengan menjadikan isu ini untuk menghalalkan penjualan tanah itu!. 

Kepada TH, saya mahu memberitahu kamu, saya sebagai pencarum yang rasional tidak akan mengampuni TH jika kamu menjual atau tidak menjaga tanah itu dengan baik !!!. 

Itu bukan harta kamu Sendirian Berhad. Kami juga berhak mempertahankan aset dan pakej keuntungan tanah itu untuk masa hadapan kami dan para pencarum yang lain!

Kamu jual tanah itu, jangan menyesal jika kami akan ambil tindakan Mahkamah!

Pencarum Berwawasan,
Kampung Baru,
Kuala Lumpur.
18 Mei, 2015.
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
19 May 2015 at 00:36

Lega ada orang sependapat . Saya juga pencarum, dan sangat berharap agar TH tidak jual TANAH tersebut.

19 May 2015 at 23:12

Halo, nama saya Nofia, pagi korban penipuan dari tangan kreditur penipuan, saya menghabiskan lebih dari 56 juta di tangan pemberi pinjaman palsu, karena saya butuh modal besar dari 350 juta, saya hampir mati, tidak ada tempat untuk pergi, saya bisnis hancur dalam proses saya kehilangan anak saya. . Aku tidak tahan lagi .. semua ini terjadi November 2014 hingga Maret 2015, tidak semua sampai saya bertemu dengan seorang teman yang memperkenalkan saya ke ibu yang baik Nyonya Diana yang akhirnya membantu saya mengamankan pinjaman di perusahaannya, ibu yang baik, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Tuhan terus memberkati Anda, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberitahu Anda, bahwa mereka banyak scammers luar sana, jika Anda membutuhkan pinjaman dan pinjaman yang dijamin cepat mendaftar hanya melalui ibu Diana, melalui email. dianarobertloanfirm@accountant.com dan dianarobertloanfirm@gmail.com, Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; nofiayani@gmail.com com untuk mendapatkan informasi tahu. silahkan dia satu-satunya tempat yang handal dan terpercaya. Tidak ada pajak. untuk membayar .. Terima kasih

16 June 2015 at 08:26

Tahniah ikhlas untuk blog anda, ia adalah satu keseronokan sebenar untuk menyemak imbas. Terutama menyimpannya sehingga. Terima kasih untuk perkongsian yang indah ini.
Semoga berjaya!

31 May 2017 at 04:24

Ia benar-benar sejuk untuk membaca artikel anda! banyak terima kasih.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team