TPPA : SATU MUSLIHAT AMERIKA SYARIKAT! APAKAH IA?

20 Sept 20133comments

Apakah ia TPPA? 


Mungkin tidak ramai orang awam, golongan profesional mahupun golongan akademik mengetahui agenda AS melalui perdagangan Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan lebih membingungkan kerana ketiadaan ketelusan kerajaan dalam mendedahkan rundingan antara Putrajaya dan Washington dalam perkara yang berkaitan dengan perdagangan yang amat menyentuh persoalan kedaulatan negara.
Perjanjian TPPA dirundingi antara Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. Seperti North America Free Trade Agreement (NAFTA)  yang dianggotai oleh AS, Kanada, dan Mexico, Amerika ingin mewujudkan suatu perjanjian eknomi serantau dalam kalangan  negara Asia Pasifik yang dipenuhi dengan tanggungjawab dan komitmen. 
Kegagalan rundingan perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di mana negara Selatan telah mengukuhkan usaha mereka mempertahankan hak dan kedaulatan menyebabkan negara maju seperti AS mencari jalan keluar melalui perundingan dua hala seperti Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA dan terkini ialah perjanjian perjanjian serantau seperti TPPA.
Ia adalah sebahagian usaha korporat gergasi AS yang mendesak kepada agenda memperluas dan mengukuhkan penguasaan mereka dengan mengenepikan hak warga dunia negara Selatan.
Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat generik tidak dibenarkan dijual di negara ini iaitu ubat tiruan seperti panadol umpamanya yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli.
Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal . Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi Farmakeutikal antarabangsa.
Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. Perkara ini pernah diusahakan AS melalui FTA dahulu tetapi gagal.

Termasuk dalam agenda rundingan TPPA ialah juga bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Persoalannya sejauhmanakah industry perkhidmatan kita bersediakan berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?
Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih diberi kepada syarikat tempatan (misalnya syarikat Bumiputera) tetapi mengenepikan syarikat asing. Melalui peruntukan dalam perjanjian TPPA syarikat asing yang melabur di negara ini harus diberikan layan sama rata dengan syarikat tempatan.
Ini seolah-olah menyamai peraturan perdagangan yang termaktub dalam perjanjian perdagangan industri perkhidmatan dan regim pelaburan yang dirundingi melalui WTO.
Apa yang harus diketahui rakyat Malaysia ialah rundingan TPPA ini sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung di dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan persaingan yang akan merugikan ekonomi tempatan.


Kerajaan Malaysia Tolak Untuk Tandatangan TPPA


PM Najib Razak menegaskan Malaysia hanya akan melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) jika syarat yang digariskan dipenuhi.
Pemimpin yang bijak tahu bila dan bagaimana hendak menguruskan perdagangan antarabangsa demi ekonomi negara 
Ketika ini, rundingan masih berjalan dan Malaysia akan terus mempertahankan aspek kedaulatan negara termasuk aspek perdagangan dan pelaburan, selain mengambil kira kesannya terhadap syarikat tempatan. Tidak dinafikan rundingan yang berjalan adalah sukar, tetapi setakat ini pihak Amerika Syarikat masih mendengar syarat yang Malaysia tetapkan.
Najib yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan kerajaan tidak akan mengabaikan aspek kepentingan negara dalam rundingan itu. Memang kita hendakkan TPPA tetapi dengan syarat yang munasabah dan tidak memudaratkan negara.
Selain itu, Malaysia tidak akan memeterai TPPA ketika kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, bulan depan.
Prinsip utama yang mesti ada untuk memeterai TPPA adalah tidak boleh sewenang-wenangnya dipersetujui selepas perundingan ini jika ada perkara yang tidak memberi manfaat, maka kerajaan harus membuat keputusan tepat.

Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
21 September 2013 at 04:25

Tak faham baca artikel macam nie.Tak sudah2,lip lap lip lap...

24 October 2013 at 01:45

www.sukandaily.com.my - Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video

14 November 2016 at 02:18

Super blog, I love your articles and reports, good continuation.

voyance gratuite mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team