BAHAYA AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM!!

16 Oct 201419comments




MUADZAM SHAH – Satu ajaran sesat dikenali Millah Abraham dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar tahun 2009 dikesan di Felda Keratong, di sini, melibatkan 13 individu.

Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), berkata, pengikut ajaran sesat ini pada mulanya dikesan di Jerantut selepas ibu bapa kepada seorang pemuda di sana membuat aduan kerana berasa hairan dengan pendapat dan pandangan anaknya itu mengenai Islam.

Ibu bapa pemuda berkenaan yang belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor telah membuat aduan kerana mendapati pendapat dan pandangan anak lelakinya itu agak bertentangan dengan ajaran Islam.

“Pihak penguat kuasa Jaip menemui pemuda itu dan menjalankan soal siasat seterusnya membongkar 13 lagi pengikut Millah Abraham berada di Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Sebahagian ibu bapa kepada para pengikut ajaran Millah Abraham yang juga warga Felda di beberapa daerah Rompin sedang diberi taklimat kesedaran dan pemulihan oleh JAIP.

Jurucakap Jaip menjelaskan, enam keluarga pengikut ajaran sesat Millah Abraham di Felda Keratong berjaya dikesan dan satu sesi taklimat mengenai ajaran sesat berkenaan diberikan di samping menjalankan soal siasat di Balai Polis Muadzam Shah, baru-baru ini.

Menurutnya, ajaran sesat yang didapati menyeleweng daripada akidah Islam itu dipercayai mempunyai ramai pengikut di Selangor dan kira-kira 5,000 pengikut seluruh Malaysia.

Katanya, pengamal ajaran sesat itu juga menyasarkan golongan muda yang kurang ajaran Islam menjadi medan dakwah mereka.

Mereka (pengikut ajaran sesat Millah Abraham) mengaku bukan beragama Islam kerana mendakwa Islam bukan agama yang asli tetapi menganggap Millah Abraham adalah agama sebenar yang kononnya ajaran Nabi Ibrahim selain tidak makan daging sembelihan orang Islam.

“Terdapat enam fasa dalam ajaran sesat ini iaitu pertama, dakwah secara sembunyi dan ini sudah dilepasi, kedua adalah dakwah secara terang-terangan yang merupakan fasa terkini, ketiga fasa hijrah serta fasa keempat adalah jihad kital iaitu bunuh orang yang tidak mengikut ajaran mereka, fasa kelima mewujudkan sistem pemerintahan sendiri dan keenam menubuhkan negara,” katanya.

Jurucakap itu berkata, fasa keempat dakwah ajaran sesat berkenaan mempunyai unsur militan dan pihak Jaip kini dengan kerjasama polis sedang melakukan pemantauan.

Selain itu, cara pengikut ajaran sesat ini bersembahyang adalah hanya dengan menyampaikan makna-makna yang terdapat dalam al-Quran melalui penggunaan Bahasa Melayu.

Mereka mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah tetapi hanya pada waktu itu kerana mereka percaya ada nabi lain hingga kini selain mereka juga tidak berpegang pada hadis,” katanya.


Ajaran sesat kini menjadi sebahagian dari ancaman keselamatan yang utama di Malaysia. Ia mendapat kekuatan akibat sokongan seseorang yang kemaruk berpolitik. Adakah pihak berkuasa kita mahu berdiam diri lagi???Mahu ikut telunjuk puak-puak tertentu yang ingin hapuskan Akta Hasutan, SOSMA dan undang-undang jenayah?
Apa yang kita perlu tahu?

Fakta ajaran sesat Millah Abraham;
  • Menyatakan agama Islam yang ada sekarang tidak lagi asli kerana Islam sebenarnya telah terhapus akibat serangan Monghul terhadap kerajaan Abbasiyah pada abad ke 10 dan 11.
  • Menolak fakta Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan Quran bukan kitab yang betul dan tidak lengkap.
  • Kerana Islam sekarang tak lengkap maka ajaran Millah Abraham akan melengkapkan ajaran Islam tersebut.
  • Ajaran ini berasal dari golongan Anti Hadis dan Ingkar Sunnah berpusat di Indonesia.
  • Ia menjadi lebih berpengaruh apabila ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII) mengasaskan Gerakan Pemuda Khafi (GPK) menyokong pendanaan dan perekrutan ahli-ahli.
  • Ajaran Millah Abraham ini juga mempunyai kaitan langsung dengan ajaran sesat Al Qiyadah Al Islamiyah pimpinan Ahmad Musodiq yang difatwakan sesat oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI).
  • Kini ajarannya dikembangkan melalui Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR)
  • Mencampur adukkan kefahaman Yahudi dan Kristian yang dianggap sebagai Abraham Faith atau Millah Abraham 
  • Menolak kewajipan solat dan menyeru para ahli meninggalkan solat atau hanya dengan niat ritual sahaja.
  • Pemimpin dan pengikut tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh meskipun mereka terdiri dari golongan profesional dan terpelajar.
  • Menafsir ayat Quran menurut fahaman akal fikiran mereka sendiri.
  • Difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Mufti Selangor dan Pahang pada tahun 2009 dan Mufti Wilayah Persekutuan pada 2011. 
  • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pernah menahan 15 orang pengikut ajaran ini pada Disember 2013 lalu dan diberikan pemulihan akidah. 
Serbuan JAIS terhadap pengikut ajaran Millah Abraham pada Disember 2013 lalu.
Dari maklumat sahih yang diterima, pihak JAIP telah memanggil para ibu bapa kepada anak-anak yang menjadi pengikut ajaran sesat ini. 

Mereka telah diberi nasihat agar membetulkan akidah mereka dan anak-anak mereka serta kembali ke ajaran Islam yang sebenar. 

JAIP akan memantau ajaran ini dan akan mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada.

Dari penyiasatan dan penelitian kami didapati para ibu bapa ini kebanyakannya adalah para peneroka dan keluarga Felda. 

Bila disiasat-siasat lagi latar belakang mereka ada di kalangan mereka adalah ahli-ahli PAS yang pernah membawa kes saman peneroka terhadap Felda berhubung isu kadar gred perahan kelapa sawit.

Kes tersebut masih tertangguh tunggu perbicaraan sementara lawyer-lawyer PKR; R.Sivarasa, N.Surendran dan Latipah Koya sibuk mengira-ngira keuntungan yang bakal mereka rembat dari para peneroka.

Ada dia antara mereka juga menjadi penyokong ajaran sesat Millah Abraham ini secara senyap-senyap.

Bertambah menarik lagi, ada di kalangan mereka juga pernah membuat laporan polis di beberapa balai polis di daerah Rompin berhubung isu pihak Felda tak bayar duit raya dan dividen FGV berjumlah hampir RM1000.00 baru-baru ini.   

Sekali lagi lawyer-lawyer PKR diambil mengendalikan kes mereka tagih duit raya dan dividen FGV itu.

Kami tak tuduh tetapi siapa yang rapat dan tahu latar belakang para peneroka ini memang tak menafikan mereka ini turut terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tak pun melalui anak-anak mereka.

Kesian, di kala mereka kutuk kerajaan, Felda dan UMNO secara habis-habisan, rupa-rupanya Allah telah menurunkan musibah dengan rosaknya akhlak dan akidah anak-anak mereka kepada ajaran Millah Abraham ini.  

Harap pihak berkuasa bertegas tak bagi peluang puak-puak sesat ini bermaharajalela...masih ingat kes pengikut Tuhan Harun menembak mati pegawai JAIP tak berapa lama dulu?


Share this article :

+ comments + 19 comments

Anonymous
16 October 2014 at 23:40

terbongkar satu persatu ajaran sesat..yg tinggal nanti hanya ajaran Islam yg sebenar..
waktu tu semua terkejut beruk musuh2 Islam.
nanti akan ada lagi ajaran palsu,imam mahdi palsu..semata2 untuk menutup ajaran yg sebenar dan Imam Mahdi yg sebenar..ingat Imam Mahdi ada disebut dlm hadis..jgn mudah2 nak tolak

17 October 2014 at 00:14

terbaik. moga kita dilindungi. Amin ya rabbal alamin

Anonymous
18 October 2014 at 01:37

Sesat sesat yg tak masuk dek akal pun ramai pengikut, jahilnya umat sekrg.

Anonymous
21 October 2014 at 03:31

Besar tu kejadian Imam Mahdi turun. Tapi kenapa xde sebut dalam Al Quran ye?

21 October 2014 at 04:48

Saya akan mengatakan bahawa blog anda adalah sangat membantu dan saya mengucapkan terima kasih kepada anda untuk bekerja dan perkongsian anda.
Nasib baik!

Anonymous
24 October 2014 at 21:29

Alhamdullah

Anonymous
24 October 2014 at 21:36

Memang dalam al -quran kurang jelaz menceritakan tentang kemunculan imam mahdi ,tetapi dalam hadis nabi yg sohih banyak menceritakan imam mahdi,sebagai umat islam wajib kita menerima kedua2nya al-quran dan hadis ,wallahualam

Anonymous
30 October 2014 at 07:11


je decouvre ton site il est magnifique super bravo a toi je reviendrais le voir bisous

voyance gratuite en ligne

Anonymous
31 October 2014 at 19:57

Nabi muhammad pon pernah dikata sesat..akhirnya siapa yang sesat?...

Anonymous
7 April 2015 at 09:49

Panglima Lancau

4 May 2015 at 00:40

Assalamualaikum WBT

Thanks for the info.. Harap dapat ke blog saya, Jalalboy tentang senarai ajaran sesat yang diwartakan oleh JAKIM..

26 June 2015 at 06:51

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA PEKERJA KILANG DI SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
SAYA YAKIN ANGKA YANG DI BERIKAN AKI,RUSLAN DAPAT MERUBAH NASIB ANDA’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT

2 February 2016 at 16:38

ajran millah ibrahim adalah ajaran yg benar dan msti diikuti umat manusia....smoga gol kafir mndpat hidayah dan kmbali ke pngkal jln.

2 February 2016 at 17:31

Abrahamic faith today comprise of jewish and islamic people. Abraham had 2 wives... Sarah and Hagar....sarah was the mother of Isaac and Hagar the mother of Ishmael..... Both are the children of Abraham..... Both are children of promise...... GUNA OTAK... sikit... Kalau mahu pandai agama sendiri, baca al quran,Torah dan Bible..... Pasal Abraham kesemua 3 kitab ada ditulis tentang Abraham.. Baca dulu... dan jadi muslim, yahudi, dan kristian, yang kuat iman, sebab tak baca iman senang digoyangkan.... hal ini tidak berlaku pada umat kristian sebab kita baca dan kuat iman dan tidak ada sebarang manusia atau kerajaan yang boleh goyangkan kami.. Salam

5 February 2016 at 16:56

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل






KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل






KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل






KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

3 July 2016 at 10:03

Astaghfirullahalazim..kenapa wujud komen2 mcm ni..patutlah di syria iraq dan lain lain tempat..tembakk mati je.manusia manusia songsang ni pengkhianat kepada kemanusiaan dan agama..AllahumasoliallasaidinaMuhammad..nauzubillah

3 July 2016 at 10:20

Astaghfirullahalazim..kenapa wujud komen2 mcm ni..patutlah di syria iraq dan lain lain tempat..tembakk mati je.manusia manusia songsang ni pengkhianat kepada kemanusiaan dan agama..AllahumasoliallasaidinaMuhammad..nauzubillah

Anonymous
10 July 2016 at 14:07

Apa punya tulisan la mcm ni..
Tak da class langsung..
Tong sampah blh la.

17 July 2016 at 18:26

Apa komen keluar nombor ekor ni . Hoi Indon ! Nombor ekor tu HARAM ... berani kau sebut Alhamdulillah ... kau ingat Allah rahmat ke kat kau dgn duit haram tu #$@÷=_#&*£¥

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team