KORPORAT MALAYSIA ANTARA YANG TERPILIH TERSENARAI SEBAGAI TOKOH DERMAWAN DI FORBES!

26 Jun 20141comments

Kuala Lumpur : 26 Jun 2014- Tan Sri Syed Mohtar Al Bukhary muncul dalam senarai tahunan terbaru FORBES Asia Wira Dermawan Forbes Asia.


Dalam kenyataan hari ini, Forbes Asia berkata, Syed Mohtar telah menderma AS$500 juta bersamaan dengan RM1.6 Bilion kepada mereka yang terbabit dalam beberapa bencana alam di Asia dan tempat lain.

Mereka yang mendapat bantuan itu termasuk pelarian di Pakistan, anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China, Indonesia dan IRAN


Tokoh dermawan lain yang terpilih daripada Malaysia adalah Tony Fernandez yang telah menyumbang AS$2 JUTA atau RM6.4 juta. 

Lanjut: Akhbar Utusan Malaysia 


1. Syed Mohtar merupakan seorang korporat Melayu yang berjaya dan tidak mudah lupa diri. 

2. Kejayaan dirinya dicemburui pihak lawan dan kawan. 

3. Tidak peliklah apabila ada tohmahan yang tidak berasas dituju kepadanya semata-mata untuk membunuh kredibilitinya sebagai korporat Melayu berjaya yang banyak membantu orang-orang Malaysia dan Antarabangsa. 

4. RM 1.6 BILLION adalah satu angka yang sangat besar untuk didermakan meskipun Syed Mokhtar bukanlah orang yang TERKAYA NO 1 atau NO 2 di Malaysia.

5. Persoalannya, kenapa orang yang TERKAYA NO 1  hingga NO 5 di Malaysia tidak tersenarai di dalam TOKOH DERMAWAN FORBES INI?! Tenang, tarik nafas dan fikirlah!! 





Share this article :

+ comments + 1 comments

14 September 2017 at 00:53

Your site is wonderful! I wish you a very good continuation.

voyance sérieuse gratuite par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team