JERNIH JUMAAT: GAMBAR HUBUNGAN SEJENIS BUKU PELAJAR DARJAH EMPAT, PENERBIT MOHON MAAF

15 Jan 20153comments

SHAH ALAM - Pihak penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun  empat memohon maaf kepada semua murid dan ibu bapa atas kesilapan pencetakan yang berlaku di dalam buku tersebut.

Wakil Produksi syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd yang hanya mahu dikenali sebagai Mei berkata, pihaknya amat kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Kami minta maaf kepada semua, saya mohon beri kami tempoh untuk kami lakukan pembetulan dan mencetak semula buku itu,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila kandungan buku latihan murid tahun empat yang bertajuk ‘Keluarga Harmoni’ itu memaparkan gambar hubungan antara lelaki dan lelaki dalam salasilah keluarga.

Sehubungan itu, pihak syarikat penerbitan itu memberitahu akan menarik semula stok yang diedarkan dan akan digantikan dengan yang baharu.

Ditanya bagaimana kesilapan itu boleh terjadi, Mei berkata kesilapan berlaku pada format komputer pencetakan.

“Kami bukan sengaja kesilapan pada ‘setting computer’, sehingga keluar gambar lelaki dan lelaki,” katanya.

Menurut Mei, pihaknya memerlukan masa satu hingga dua minggu untuk berbuat demikian dan meminta untuk orang ramai bersabar.

“Kami harap ibu bapa dan guru boleh bersabar kita akan cetak dan ganti semula semua buku yang  dibeli. Ibu bapa atau pihak sekolah tidak perlu mengemukakan resit pembelian hanya kembalikan yang lama dan kita akan ganti yang baharu,” katanya.

Ditanya berapa banyak buku terjual, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu hampir semua sekolah rendah menggunakan buku latihan itu.

Bagaimanapun, pihaknya memaklumkan isu kandungan seks di dalam buku murid tahun lima yang tersebar di media sosial bukan datang daripada syarikatnya. -sinarharian
Share this article :

+ comments + 3 comments

1 June 2017 at 04:55

Terima kasih kerana artikel ini yang mengandungi banyak nasihat yang baik. Ini adalah sesuatu yang saya mempunyai pemahaman masa yang sukar sebelum ini.

21 December 2017 at 04:59

Saya melihat laman web anda dari tweet, jadi saya berinteraksi dan menyiarkan komen apabila ia menarik minat saya dan ia berbaloi.
voyance totalement gratuit

12 April 2018 at 06:48

Terima kasih kerana artikel ini yang menambahkan + dalam apa yang sudah kita ketahui. Saya telah bersama anda selama beberapa bulan, dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas nasihat anda yang membantu blogger muda hari ini untuk menjadi lebih baik dalam perniagaan mereka.
voyance gratuite par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team