WAJIB CERNA! KISAH DISEBALIK HUTANG NEGARA YANG PERLU DIKETAHUI RAKYAT MALAYSIA!

30 Jun 20140 comments

Artikel ini memang panjang berjela, tetapi selaku rakyat yang bertanggungjawab dengan maklumat Negara, kita perlu membacanya dan selami REALITI Negara Malaysia yang kita cintai ini. MHS nukilkan berdasarkan kajian terperinci di petunjuk terkini.  
 
Hanya 14 Points menjadikan anda bijak ekonomi!!
 
 
1. Hutang Negara merupakan hutang dalaman dan luaran.  Hutang Negara kebanyakkannya dari hutang dalaman! Hutang Negara kebanyakannya disebabkan oleh bajet defisit yang dilaksanakan semenjak 1997 (Krisis matawang Asia disebabkan Spekulator matawang).
 
2. Tindakan Kerajaan untuk tidak menerima bantuan dari IMF telah menyebabbkan kerajaan perlu melakukan pinjaman dari sumber dalaman Negara.
 
3. Dengan kata lain, kita tidak lagi meminjam USDollar$$ bagi pembangunan Negara, tetapi kita meminjam RM dari badan-badan seperti menerbitkan Sekuriti Kerajaan Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Bil Perbendaharaan yang kebanyakkannya dibeli oleh agensi-agensi instrument kewangan dalam MALAYSIA sendiri.

 
4. Kenapa kita buat pinjaman dalaman? Ya, walaupun pinjaman luar hanya berFAEDAH 3% dan sebagainya dan pinjaman dalaman menjangkau 6% TETAPI pinjaman luar terdedah kepada Kadar Tukaran Wang Asing (Foreign Exchange) yang berlaku setiap saat setiap masa.
 
5. Contohnya , Jika hari ini kita pinjam kepada Bank Dunia sebanyak USD1Billion = RM3.4B (1 USD = RM3.40 )  , kemudian setahun kemudian berlaku penurunan kadar ringgit (1 USD = RM 3.80) .  Hutang kita di luar Negara telah bertambah daripadaRM3.4Bilion kepada RM3.8Billion dalam sekelip mata!
 
6. Disebabkan itu Kerajaan Malaysia selalunya membuat pinjaman daripada instrument kewangan dalaman.
 
7. Mengapa perlu ada Bajet Defisit dalam setiap belanjawan? Bajet Defisit berlaku apabila perbelanjaan kerajaan (pembangunan dan mengurus) Tahunan melebihi pendapatan Tahunan Kerajaan. Ia berlaku bagi menampung momentum pertumbuhan NEGARA.
 
8. Apabila bercakap mengenai momentum Negara, Pembangunan Malaysia dipacu oleh 2 pemandu iaitu Sektor Swasta dan Sektor Kerajaan. Kerajaan perlu berbelanja bagi menjana pertumbuhan domestik selain kehendak sosial.  Jika kerajaan KURANG berbelanja, Kerajaan bukan sahaja tidak dapat menampung keperluan rakyat dengan kemudahan sosial malah tidak menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan.
 
9. Jika dilihat kepada pertumbuhan suku pertama 2014 , 6.2% pertumbuhan KDNK Negara adalah sesuatu yang TIDAK LANGSUNG dijangka oleh para penganalisis termasuk PENGANALISIS NEGARA ASING! Ramai pemerhati melakukan jangkaan pada penghujung 2014, KDNK Negara akan berada pada tahap 5.5%!
 
10. Momentum sebeginilah yang perlu dikekalkan oleh Kerajaan Malaysia, di samping kedudukan Malaysia adalah antara terbaik di dunia apabila dinobatkn pada tahap ke-6 Dunia kadar "Ease of Doing Business" iaitu kesenangan melakukan perniagaan di Negara ini yang sebelum ini pada tahun 2007 memperlihatkan Malaysia pada ranking 25 , tahun 2008 ranking ke 24, tahun 2009 ranking ke 20 dan 2014 ranking ke 6 DUNIA!
 
11. Pentingnya ranking dunia ini adalah bagi menarik pelabur asing melabur ke Malaysia dan memperkukuhkan ekonomi Malaysia dan memberikan peluang kerja bagi penduduk Malaysia!! Realitinya setelah Negara bergelut dengan krisis dunia pada tahun 2008, pada 2013 Malaysia mencatatkan angka yang sangat baik dalam pelaburan luar. 2013 Malaysia mencatatkan pelaburan TERTINGGI berbanding Negara-Negara ASIA Tenggara yang lain IAITU SEBANYAK RM216.5 Billion!! . Pelaburan dalam bidang NKEA sahaja telah menarik jumlah RM 89.9Billion pada tahun berkenaan!
 
 
 
 
12. Kenapa MHS perlu menceritakan tentang pelaburan asing?? MHS ingin kaitkan peningkatan pelaburan asing Negara ini dengan Kadar Rizab Simpanan Negara yang dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia !  Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$130.94 bilion (RM413 bilion) hingga pada hujung Mei 2014!
 
13. Bagi pendapat MHS , sekiranya Kerajaan mahu kurangkan kadar hutang dalam Negara pada keesokan hari, Dengan mudah Kerajaan boleh hanya gunakan SEPARUH daripada rizab bank Negara iaitu kira-kira RM200Bilion tersebut. TETAPI selagi Kerajaan boleh menguruskan hutang Negara, apa perlu kita langsaikan terus??! Dan rizab Bank Negara tersebut boleh dijadikan perisai sekiranya ada lagi unsur-unsur serangan daripada speculator - speculator asing! 
 
14. Kesimpulannya, jangan lah kita TERLALU risau dengan hutang Negara! Risaulah dengan hutang PERIBADI kita. Kerana itu, Kerajaan juga telah mengetatkan syarat untuk rakyat berHUTANG peribadi di bank-bank. Hutang domestik yang terlalu banyak boleh membahayakan kesihatan ekonomi sendiri dan Negara! Sepertimana yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini yang dikenali sebagai Bubble Effect. 
 
Yakin dengan kepimpinan, Berdoa lebih baik dari menghina. Semoga Negara ini terus makmur, aman dan Berjaya! 
 
 
 

 

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team