3 ADUN MENYUSUL IRINGI KHALID IBRAHIM KELUAR PARTI? #gilaKuasa #TamakHaloba

10 Aug 20143comments

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim di jangka akan terus menerajui pentadbiran negeri walaupun sebelum ini beliau telah dipecat dari PKR.

Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Sabtu lalu memaklumkan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu yang berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong itu, setelah Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Namun menurut sumber terdekat parti itu, seramai 3 orang ADUN dijangka akan mengumumkan untuk keluar parti sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.

PAS Selangor sebelum ini mengambil ketetapan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar, selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat baru-baru ini.

Kenyataan dan pendirian PAS Selangor itu turut disokong oleh Presiden PAS, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Saya menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor” katanya.

Sekiranya semua ADUN Barisan Nasional turut menyokong Khalid sebagai menteri besar, beliau dijangka akan akan dapat meneruskan pentadbiran negeri Selangor sekaligus menjadi Menjadi Besar yang pertama dari Bebas. sumber


SUMBER LAIN MENGATAKAN.. .

Krisis Selangor semakin meruncing. Tiga ADUN PKR negeri itu, Roziah, Elizabeth Wong dan Dr Daroyah dilaporkan hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan PKR khasnya Anwar Ibrahim dan akan umumkan keluar parti untuk menjadi ADUN BEBAS sebagai sokongan kepada TSKI dan mengekalkan beliau sebagai MB.
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
11 August 2014 at 02:18

Satu tindakan berani dari 3 ADUN..Syabas...anda telah membuat pilihan yg bijak untuk bersama TSKI yg lebih jujur serta beramanah dibandingkan dgn Nuar Aljubori...
Tahniah TSKI dan penyokong sumo.

1 September 2014 at 00:49

Saya sering berhenti di situs yang saya sangat suka, itu memungkinkan saya untuk melarikan diri dan memikirkan hal-hal lain .... Apa kebahagiaan !! Terima kasih

30 October 2014 at 07:23

Un site adorable que je viens de découvrir par hasard, bravo !!
voyance gratuite par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team