BACA HARU BIRU RAKYAT PULAU PINANG CUBA HANCURKAN SELANGOR!

27 Aug 20142comments


SUNGGUH MENGHARUBIRUKAN SELANGOR. 

Dalam mempertahankan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bercanggah antara satu sama lain.
Anwar dilaporkan The Malaysian Insider hari ini mendakwa mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) semalam yang dihadiri wakil PKR dan DAP memutuskan hanya satu nama iaitu Wan Azizah sahaja dipersetujui PR untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar yang baharu
Tentang PAS, yang tidak menghantarkan wakil dalam mesyuarat PR semalam, Anwar masih berpegang perjanjian PR, 17 Ogos yang dipengerusinya sendiri.
“Dalam semangat Pakatan, ini adalah kerusi PKR dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos,” katanya.
Anwar turut mengesahkan surat mencalonkan isterinya Wan Azizah untuk jawatan MB telah diserahkan kepada istana dan ditandatanganinya sendiri bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Menurut Anwar, pendekatan ini yang diambil selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Sultan meminta empat nama namun hanya satu nama sahaja yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan Mstar hari ini mendakwa pihaknya masih menunggu surat dari Istana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum membuat kenyataan berhubung calon menteri besar Selangor yang baharu.
Guan Eng berkata pendirian parti telah diumum sebelum ini tetapi dengan perkembangan terbaru berhubung krisis menteri besar Selangor itu, beliau akan menunggu surat dari Istana sebelum parti membuat perancangan seterusnya.
“Saya belum terima surat…oleh itu saya tidak mahu buat komen kerana tidak elok saya buat komen tanpa surat tuanku,” katanya kepada pemberita pada Rabu.
Menteri Besar Selangor hari ini menyanggah fakta Anwar yang mendakwa hanya satu nama diusulkan kepada Sultan Selangor untuk perlantikan Menteri Besar pada 2008 dan 2013.
“Cerita itu tidak dilaporkan secara tepat. Bukan satu nama dikemukakan,” katanya, dilaporkan Mstar.
Beliau membuat pendedahan itu ketika diminta mengulas tindakan mengemukakan satu nama tunggal Wan Azizah kepada Sultan Selangor adalah sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
Menurut Khalid, terdapat lebih daripada satu nama dihantar oleh kedua-dua parti pada 2008 dan 2013 menerusi permohonon berasingan.
“Permohonan berasingan (mengenai calon menteri besar) dikemukakan oleh PKR dan DAP pada 2008 dan 2013,” katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan yang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menarik diri daripada dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Menurut Presiden PAS, Azmin hanya menghormati keputusan partinya untuk memberi laluan kepada Wan Azizah dan bukannya beliau tidak mahu jawatan tersebut.
Kenyataan Abdul Hadi hampir sama dengan kenyataan Azmin ketika ditanya wartawan di Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor, 17 Ogos lalu.
Wartawan : Saya maksudkan, awak tidak mahu menjadi Menteri Besar (Selangor)
Azmin Ali : Saya tidak pernah sebut fakta itu.
Tambah Azmin lagi, beliau cuma menegaskan semula komitmennya terhadap Akuan Berkanun yang ditandatangani sebagai tanda akur kepada keputusan PKR mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai MB Selangor.
Rakyat Selangor semakin pening. 

sumber : MYMASSA
Share this article :

+ comments + 2 comments

5 September 2014 at 07:10

Cool blog you have here, I will check in often.
voyance par mail gratuite

30 October 2014 at 07:21

Un grand merci à vous, bonne continuation pour vos prochains sites
voyance gratuite par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team