BANYAK PERSAMAAN, TETAPI YANG DIPERBESARKAN ADALAH PERBEZAAN YANG SEDIKIT.

10 Mar 20155comments

"BANYAK PERSAMAAN, TETAPI YANG DIPERBESARKAN ADALAH PERBEZAAN YANG SEDIKIT"


1. Itulah ayat yang menarik perhatian MHS ketika mendengar ulasan Penceramah Ustaz Kazim semalam. Di mana ada umat Islam di Malaysia, akan pasti ada perpecahan. Hal ini kerana umat Islam tidak berlapang dada dengan perbezaan yang ada. 

2. Penyatuan ummah bukanlah sesuatu yang baru untuk dibicarakan. Malah ianya telah diperbincangkan sejak dahulu lagi. Kegemilangan Islam di zaman Rasulullah adalah disebabkan kebijaksanaan Rasulullah dapat menyatukan kaum Muslimin yang berpecah. 

3. Lihat sahajalah sejarah Penyatuan Muhajirin dan Ansar , Perpaduan Aus dan Khazraj . Nabi Muhammad SAW juga menempuh cabaran yang besar bukan sahaja dalam kalangan kelompok yang berpecah berkenaan malah dalam kalangan pemerintah Musyrikin ketika itu yang menyiksa baginda dan orang Islam. 

4. Maka cabaran penyatuan ummah yang dihadapi orang Islam di Malaysia bukanlah cabaran sepertimana mula-mulanya Rasulullah mengembangkan Islam di Tanah Suci Makkah. Konsistensi dan keyakinan umat Islam terhadap Akidah yang sama perlu diperhebatkan agar ianya akhirnya dapat direalisasi. 

"UMAT ISLAM mentauhidkan Allah S.W.T , memeluk agama yang sama (ISLAM) , juga mengasihi Nabi yang sama , Muhammad S.A.W , dek kerana sedikit perbezaan pada warna, Umat Islam terus berpecah Belah. Walhal Perbezaan pada warna adalah sesuatu perbezaan yang sangat kecil berbanding PERSAMAAN yang BESAR! "


MHS
11 Mac 2015
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
11 March 2015 at 00:47

Yg paling utama, pegangan kita ;
La ilaha illAllah
Muhammadur Rasullullah.
Selainnya, jika pun sudah tidak dpt diyakinkan dgn dalil dan hujah, mk hormatilah pandangan yg berbeza. Menghormati pndgn berbeza bukan bererti bersetuju. Penetuan akhir, tunggu sahaja di Sana nanti. Tak perlu bertelingkah.

11 March 2015 at 20:32

Allahuakbar

12 March 2015 at 06:35

Selamat tulus untuk blog Anda, itu adalah kenikmatan nyata untuk browsing. Terutama keep it up. Terima kasih untuk berbagi ini indah.
Semoga berhasil!

20 March 2015 at 07:12

Terima kasih atas tips yang sangat menarik, itu sangat bagus untuk menemukan artikel menarik seperti milik Anda! Saya ingin Anda kesehatan, panjang umur, sukses, kebahagiaan dan kedamaian hati.

voyance gratuite mail ; voyance gratuite

9 April 2015 at 06:25

Saya hanya mendapat laman web anda dan sebagai ghairah tentang perjalanan, terima kasih dan ingin anda kesinambungan yang baik. Terutama menyimpan berjalan dengan baik; laman web anda adalah hebat!
Salam

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team