KHALID IBRAHIM DIHADAPKAN KEPADA LEMBAGA DISIPLIN PKR, MAJLIS SYURA ULAMA PAS PERTAHANKAN TSKI!

7 Aug 20144comments

KEM PKR ANTI TAN SRI KHALID IBRAHIM


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap dipanggil ke sesi pendengaran Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) esok atau Sabtu ini meskipun Menteri Besar Selangor itu melabelkan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atas beliau sebagai 'cacat' dan tidak spesifik.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong berkata, pihaknya telah menerima surat jawapan tunjuk sebab Abdul Khalid semalam dan beliau diminta hadir ke ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya pada pukul 3 petang esok atau sebelum pukul 12 tengah hari pada Sabtu ini jika masa dan tarikh awal tidak sesuai.

Beliau berkata, Abdul Khalid diminta hadir ke sesi pendengaran itu bagi memberi penjelasan mengenai isu kenyataan medianya pada 22 Julai lalu yang didkawa mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu.

"Selain itu, beliau diminta memberi penjelasan berhubung lima perkara iaitu penstrukturan air Selangor, elaun baharu Menteri Besar Selangor, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam dan cadangan Lebuh Raya Kinrara Damansara (Kidex)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 


KEM  PAS MENYEBELAHI TAN SRI KHALID IBRAHIM 


Sementara itu, 

Majlis Syura Ulama Pas memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.

Pendirian itu dibuat selepas majlis berkenaan bermesyuarat semalam berasaskan kepada hukum syarak dengan meletakkan kepentingan rakyat yang perlu didahulukan melebihi kepentingan individu dan parti.

Jelas majlis itu, jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen pakatan pembangkang untuk meneruskan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Gambar menunjukkan Majlis Solat Hajat Selamatkan Selangor dihadiri oleh pemimpin PAS di kediaman rasmi TSKI malam ini 

Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
7 August 2014 07:46

kenapa tak panggil anwar untuk kes langkah kajang yang tak menjadi dan menyuruh ADUN kajang letak jawatan......ini lebih relevant dengan issue Selangor...TSKI tidak buat apa kesalahan dalam mentadbir Selangor, tapi di di dengki dan iri hati oleh kem Anwar...anwar patut di salahkan...ada berani ke lembaga disiplin PKR panggil anwar untuk tunjuk sebab...anwar merosakkan PKR kenapa tidak di panngil untuk tunjuk sebab...jangan jadi buta lah orang orang PKR...

Anonymous
7 August 2014 15:57

Sekarang TSKI dah terkena. Dulu bukan main dia pertahankan Anwar waktu kes main pungkoq dulu. Aku ingat lg masa press tanya pasal jam omega kat azizah,TSKI pun tanya balik press,soalan you tak relevant. Sebenarnya di dalam Malaysia ada sekor dajal yg bernama Anwar. Dia telah melagakan semua kaum dam memecah belahkan perpaduan terutama sekali perpaduan org melayu. Tunggulah nanti jika diizinkan ALLAH SWT,kita tengok time dia nak habis umur nanti.

7 August 2014 17:46

inilah yang dinamakan politik duniawi

5 September 2014 07:16

Congratulations to the site it is very nice to be more interactive and more originale.De it has a lot of content and links.
consultation voyance gratuite

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team