AMBIL YANG KERUH, BUANG YANG JERNIH !

23 May 20181comments

Liku-liku Malaysia 
Ramadhan menginjak dengan seribu satu makna buat rakyat Malaysia. Setelah lebih 61 Tahun Kemerdekaan , UMNO menjadi tunjang kepada Perjuangan dan kebangkitan rakyat telah diruntuhkan dengan seribu satu tanggapan. 

Ada yang berasa lega, sedih, gembira, dukacita dan sebagainya. Inilah ketentuan Allah S.W.T yang tidak dapat kita tolak. Setiap pemimpin berlalu dan pergi. Pemimpin yang berlalu tetap boleh kembali seperti mana yang dibuat oleh Tun M semuanya atas keizinan Allah agar kita bermuhasabah. Baik yang menang, baik yang kalah , baik pemimpin mahupun rakyat. 

Ingatlah Pemilihan Pemimpin adalah berdasarkan Rakyatnya. Baik rakyatnya, baik lah pemimpin yang dipilih. Apa yang perlu kita buat ketika ini sama ada kepimpinan mahupun rakyat jelata, ambil lah kata-kata Orang Tua-tua dahulu kala: 


Ämbil Yang Jernih, Buang Yang Keruh 


Bukan lagi masa untuk bergaduh, berperang sesama sendiri , sudah - sudah lah berpolitik sepanjang masa. Mentaliti ini perlu kita buang jauh-jauh. Untuk menjadi sebuah negara yang maju, hidup aman dan bahagia , rakyat dapat mengecapi kebahagian dek kerana kemakmuran negaranya - Pemimpin dan Rakyat perlulah tinggalkan sikap berdendam ! Cerita dan beri harapan yang baik-baik, usaha dan kreatif dalam mengurus negara , InsyaAllah negara ini akan selamat , rakyatnya akan bahagia. Sama-sama lah kita doakan. 

Yang Baik Jangan dipuji melambung kerana itu, hanya Allah sahaja yang layak dipuji. 

Yang Jahat Jangan dihina sehina-hinanya kerana jahat dosanya boleh dihapuskan dengan kalimah sebenar-benar tulus "aku mohon ampun kepadamu Ya Allah" - kerana Allah itu Maha Pemurah , Lagi Maha Penyayang. 


-MHS 
Share this article :

+ comments + 1 comments

23 May 2018 at 21:38

Terimakasih informasinya

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team