MAHATHIR DAN BERSIH 5 #BERSIH5 #BERSIH2

3 Aug 20164comments

Seperti diketahui Umum , Sekretariat yang akan menganjurkan Perhimpunan yang dipanggil BERSIH 5 menamakan Tun Mahathir sebagai PENAUNG kepada Perhimpunan Tidak Direstui berkenaan. Semata-mata untuk mengajak penyokong - penyokong anti Najib "berjamaah" mencaci , menghina pemimpin negara dengan menggunakan "Kiblat" Department of Justice ,Amerika Syarikat. Mungkin dengan cara ini , Tun merasakan boleh mencuci tindak tanduknya di masa-masa lampau pemerintahannya. 

Berpaksikan tohmahan-tohmahan (Series of BASELESS ACCUSATIONs) yang tercipta daripada sebuah blog SARAWAK REPORT , Bersih 5 pun diwar-warkan sebagai sebuah gerakan rakyat kali ini bukannya bertujuan untuk Electoral Reform TETAPI untuk terus membersihkan Kerajaan dari insan yang bernama Najib Razak. 

Sudah terang lagi bersuluhlah Perhimpunan BERSIH ini dari mana-mana siri sekalipun adalah untuk memenuhi nafsu kepuasan PENAUNG  - PENAUNG mereka. Bukan semata-mata untuk rakyat. Lihat sahajalah tujuan-tujuan perhimpunan mereka. Semua untuk sebelah pihak sahaja. 

Jika BERSIH 5 betul-betul suci, mengapa tidak dimasukkan sekali agenda "LIM GUAN ENG" patut letak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang setelah didakwa di mahkamah atas kesalahan RASUAH?  Sama bukan? BERSIHkan lah pemerintahan SELANGOR daripada CORRUPTION melampau! Ironinya tatkala Badut-badut Tun M melaungkan slogan BERSIH dan Selamatkan Malaysia dengan merujuk kepada "ANTI CORRUPTION" dan sebagainya, Chegubard dan geng SAMM nya memohon penjelasan Kerajaan Negeri Selangor berhubung SKANDAL PENJUALAN BALAK DAN TANAH baru - baru ini?! 

Tun M juga perlu diBERSIH 5 kan. Tun M juga perlu disoal mengenai tender-tender dan projek-projek kepada kroni - kroni nya semasa beliau berkuasa. Ananda Krishnan , YTL dan sebagainya sehingga mereka menjadi SANGAT kaya-raya.WOW! 


* ingat, Kumpulan Daesh (is) MEMANG meletakkan Malaysia dalam radar serangan mereka. I dont Want Malaysian to be their VICTIMS. 

Cukup  - cukuplah,
#BukanPenyokongTegarNajibRazak 
#tetapiSudahBosan 


Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
3 August 2016 at 22:52

pukimakmahathir mahacelaka

19 August 2016 at 03:51

Saya bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat dalam artikel tersebut.

7 September 2016 at 04:55

Bravo ! Votre blog est l'un des meilleurs que j'ai vu !
consultation voyance gratuite

Anonymous
24 October 2016 at 20:06

Mhegat Therawis
apa yang ko mencarut pasal TUN M..walau dia buat mcm ni ko tak ptut caci mencarut....ko mencarut oun aku tau kau bukan orang melaiu

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team