TERKINI! PEMBERONTAK TERUS KEBULURAN TERUSKAN JIHAD SONGSANG! #prayforsabah #lahaddatu

9 Mar 20132comments


Semoga mereka terus kebulur dan kepenatan.... 
Mereka yang memilih jalan ini... .
No Mercy! ! ! ! Bantai mereka habis-habisan... kerana kekejaman mereka terhadap perwira negara yang gugur...




MANILA - Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.

“Mereka sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya berjalan kaki dan kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media semalam.

Dipetik Philippine Daily Inquirer, Idjirani menambah, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin sekitar jam 2.30 petang semalam.

Terdahulu, anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media yang bapa saudaranya itu masih selamat di Lahad Datu meskipun pihak polis dan tentera Malaysia terus-menerus menyasarkan kedudukan mereka.

“Arahan untuk pengikut bapa saudara saya ialah bertahan dan perlu bersedia menghadapi serangan. Tetapi mesti bertahan, bukan melakukan sebarang serangan,” kata Jacel.

Jacel turut menambah yang pihaknya berharap agak kerajaan Filipina sendiri campur tangan bagi menangani konflik berkenaan.

Dua hari lalu menyaksikan sultan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berbincang dengan Presiden Aquino bagi menyelesaikan konflik di Sabah.

“Dari awal lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden tetapi hampa,” kata Jacel.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
9 March 2013 at 21:05

Mereka ini beragama Islam, mereka tahu Sabah di bawah Persekuruan Malaysia begitu makmur dan sejahtera sehingga ramai di antara bangsa mereka mendapat sedikit sebanyak manfaat darinya sama seperti pendatang-pendatang asing yang lain yg sama-sama menumpang mencari rezeki di mana-mana bahagian di Malaysia ini. Tetapi mereka masih sanggup untuk mengkhianati negara yg banyak membantu mereka selama ini... maka satu lagi konflik antara penganut seagama wujud di sunia hari ini kerana ketamakan dan kegilaan mereka sendiri kepada kekayaan dan kuasa. Yang menjadi mangsa adalah pengikut-pengikut setia yg tak banyak pilihan kerana jika mereka enggan atau membantah pasti menerima akibat yang sangat buruk kerana sifat dan sikap pemimpin mereka yang begitu kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

Anonymous
9 March 2013 at 22:47

Jayalah penceroboh sulu

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team