UNDI POPULAR VERSUS UNDI ELEKTORAL! APA BEZANYA???

8 May 20139comments


PRU 13 : Undi Popular vs Undi Elektoral - sila baca dgn pikiran yang terbuka.



Gambar begini boleh membuatkan seseorang popular!



Undi Popular vs Undi Elektoral

Perjuangan bangsa bukan soal populariti tanpa sebarang sandaran kriteria. Sebab isu kebajikan rakyat tidak boleh di-akademifantasia-kan. Perjuangan bangsa adalah usaha menguasai ceruk yang pelbagai; dan menjuarai suara rakyat secara setara dari Perlis sampai ke Sabah. 

i
Ada rakan bertanya: “Apa bah konsep Undi Popular yang tiba-tiba jadi popular di Malaysia?” Kemudian dia mengusulkan: “Buatlah satu entri pasal ini.”

Sebenarnya saya malas mau layan sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia yang sedang panas tidak bertambah terbakar.

Tapi dia balik-balik menyuruh. Hingga saya yang asalnya sangat malas mau melayan; akhirnya termakan pujuk. Moralnya di sini: saya ini lelaki yang mudah tunduk pada bujukan. Tidak sesuai jadi politikus. Nanti senang-senang digoda untuk dedahkan rahsia negara.

ii
Majoriti kerajaan di dunia menggunakan sistem undi kerusi (atau elektoral) bagi membentuk kerajaan. Bukan undi popular. Sistem undi elektoral inilah juga yang dipraktis di Malaysia. Konsep undi popular hanya dicanang sebagai bahan penenang psikologi. Sesuai diguna oleh aktivis politik yang sedang mengalami kemurungan jiwa; kerana gagal mencapai impian yang pernah diletak setinggi bulan.

Nanti bolehlah memujuk hati sendiri: sungguhpun partiku tidak membentuk kerajaan negara ini, yang penting popularitiku gempar satu negara!

Dalam konteks Malaysia, kerajaan persekutuan mahupun negeri dibentuk mengikut majoriti undi elektoral (iaitu kiraan jumlah kerusi parlimen atau DUN). Amalan ini sudah digunapakai sejak pertama kali pilihanraya dianjur. Sistem ini bukan baru dibuat. Atau tiba-tiba digubal oleh SPR pada hari Isnin minggu lepas. 

Sebab itu kita tidak perlu teruja sangat dengan konsep ‘Undi Popular’, sampai semangat kepohnya mencanak-canak. Sikit-sikit bolehlah.

iii
Apa beza Undi Popular dan Undi Elektoral? 

Undi Popular berpaksikan konsep ‘samarata’. Ia mengira undi individu secara keseluruhan tanpa pertimbangkan segmen komuniti yang diwakili. Prinsip ini dipanggil sebagai keadilan kuantitatif. Undi Elektoral berteraskan konsep ‘saksama’. Ia mengira undi kolektif komuniti yang mewakili kerencaman demografi dan geografi. Pendekatan ini dinamakan keadilan kualitatif.

Manakah gambaran yang lebih representatif bagi mengukur tahap kekuatan sokongan sesebuah parti? Terpulang kepada bagaimana kita mahu definisikan keadilan dan kebajikan penduduk.

Undi Popular mudah dicemari dengan sisihan piawai sosio-budaya kerana matematik kiraannya yang sangat individualistik. Jika Undi Popular diguna untuk mengangkat kerajaan, maka kuasa di Parlimen akan terherot kepada wilayah-wilayah urban yang menjadi tumpuan penduduk. Maksudnya, sesebuah kerajaan boleh dibentuk, secara teorinya, hanya dengan suara tunggal satu segmen mana-mana komuniti tertentu yang menguasai kepadatan penduduk.

Sarjana sains politik, Rathbun (2007), ada membuat deduksi bahawa: penerapan konsep Undi Popular dalam sistem pilihanraya mencetuskan dua kegagalan demokratik. Yang pertama, dari aspek perundangan (tuntutan perlembagaan/tatanegara); dan yang kedua adalah aspek sosiologi (keperluan masyarakat). 

iv
Apa sebenarnya isu dasar kepincangan Undi Popular sebagai satu representatif keputusan pilihanraya? Sangat jelas. Ia menggalakkan peminggiran dan pengabaian. Khususnya kelompok-kelompok komuniti minoriti yang lemah dan kecil. 

Sebagai contoh. Sekalipun Pakatan Rakyat tidak berjaya memenangi undi rakyat pedalaman dan masyarakat desa; serta gagal teruk menarik sokongan penduduk Sabah/Sarawak (kurang 17%): undi popular parti ini di peringkat nasional masih mengatasi BN. Seolah-olah Sabah dan Sarawak (yang mewakili 2/3 asas keutamaan dalam pembentukan Malaysia) sudah tidak relevan lagi. Ini juga membawa konotasi bahawa: jika pun suara penduduk Borneo diabaikan sepenuhnya, pihak pengabai itu masih boleh menjuarai undi popular kebangsaan.

Tapi nasib baik. Kerajaan kita dibentuk bersandarkan perwakilan undi elektoral, bukan undi popular ini. Sistem elektoral ini melindungi kepentingan komuniti terpencil; mereka yang berada di pedalaman dan tidak ada sebarang akses kepada proses ‘decision making’. Sistem elektoral ini juga memberi signal kepada semua parti politik yang ada; jika mahu memerintah federal, maka haruslah mendekati segmen-segmen komuniti – yang merentas kerencaman wilayah, demografi, sosio-geografi dan sosio-ekonomi. 

v
Kenapa Pakatan Rakyat memenangi Undi Popular walaupun gagal agak teruk dalam Undi Elektoral? Itu adalah tanda selektiviti – sama ada secara terancang atau kebetulan. Daya tarikan Pakatan Rakyat bersifat populist. Ia dirumus khusus untuk appeal kepada satu kumpulan penduduk tertentu, yang kebetulan membina puak tertinggi dalam strata penduduk Malaysia.

Contoh tarikan populist? 

Ok, ini yang paling mudah. Lihat pada saripati manifesto yang paling tersebar luas: harga kereta dan petrol yang murah, penghapusan bayaran tol dan pendidikan percuma. 

Kemudian penjimatan belanja hasil dari manifesto PR ini; dibanding pula dengan penjimatan hasil pemberian wang bantuan 1Malaysia oleh BN. Akhirnya terolah analisis akhir: bahawa penjimatan BN hanya sekitar RM500++ setahun (wang bantuan yang diberi). Padahal penjimatan PR melangkau RM2000 ++ (dari kos petrol, harga kereta, tol, pinjaman pendidikan, etc).

Hanya ORANG GILA yang tidak mahu semua ini: kata para promoter PR ketika menjual manifesto ini. Ya, tiga perkara ini memang positif. Tapi ada tapinya. 

vi
Apa isu di sini? Promosi manifesto yang kurang empati. Mereka lupa pertimbangkan bahawa: penduduk Malaysia datang dari pelbagai latabelakang. Sekecil mana pun saiz komuniti itu, keperluan unik dan spesifik penduduk tersebut harus diberi perhatian. Kerana itu adalah tanggungjawab moral.

Jangan anggap semua penduduk di Malaysia ini ada kereta; dan pengguna tegar lebuhraya bertol. Jangan anggap bahawa ‘masuk ke universiti’ itu adalah perkara natural dalam semua keluarga di Malaysia. Pergelutan hidup penduduk Malaysia cirinya pelbagai. Setiap satu pergelutan itu unik dan penting. Sebab itu kita memberi satu undi elektoral parlimen kepada Kalabakan dan Kinabatangan – walaupun penduduknya jauh lebih rendah dan kurang metropolis berbanding Shah Alam dan Pantai Dalam.

Berapa ramai penduduk Penangah yang ada kereta? Berapa ramai penduduk Pensiangan yang pernah ke KL, dan menggunakan lebuhraya bertol? Paling penting: berapa ramai anak komuniti di Pulau Banggi yang pernah masuk universiti atau yang akan ke menara gading dalam tempoh 5 tahun mendatang? Bagi kumpulan komuniti ini: barangkali tidak ada sebarang penjimatan yang boleh diperoleh dari tawaran manifesto PR itu. Penjimatan langsung RM500 daripada BN – mungkin itu jauh lebih bermakna. Sekadar contoh.

Ini bukan membandingkan manifesto siapa lebih baik. Bukan.

vii
Poin di sini: bahawa sekecil mana pun komuniti yang terpinggir di Malaysia, keperluan unik mereka harus difahami dan diselami. Mereka tidak boleh dibiar terabai dan menjadi tidak relevan – justeru ditenggelami oleh jutaan undi popular komuniti urban.

Keadilan itu adalah saksama mengikut prioriti dan keperluan, pada level komuniti. Bukan semestinya samarata untuk semua orang, pada level individu.
boleh baca tulisan2 pandangan dari Dr.Rem Dambul di fb beliau : https://www.facebook.com/rem.dambul?ref=ts&fref=ts
Share this article :

+ comments + 9 comments

Anonymous
8 May 2013 at 09:49

Terima kasih Tuan atas penjelasan ini. Dah berhari-hari saya dok fikir.. tanya orang (ahli keluarga laa) pasal apa itu undi popular. Semunya yg saya tanya tak boleh nak explain.

Sekarang barulah faham... :-)

8 May 2013 at 10:18

pada sa x guna la undi popular neh untuk apa sebenarnya undi popular neh cuma untuk mengaburi mata org aduhai.. terima kasih atas penjelasan n about "their" manifesto tada guna bah ingat senang2 boleh turun harga itu ini bagai? harga minyak n emas berdasarkan harga dunia atau lebih afdhal harga USA sekiranya turun harga setan drg turun juga la harga kita dan harga brg pula bergantung pd harga minyak kita kalau da turun dia (itupun sekiranya harga USA turun)turun juga la harga brg, nak hapus PTPTN bagai, dalam islam hutang itu wajib dibayar, jd x perlu la pertikaikan hutang yg da dibuat tu, dan tol, jln da dibina kita rakyat kena la bayar nk guna jln tu kalau x sape la nk cover segala perbelanjaan oleh syarikat pembinaan lebuhraya tu eh? mungkin "mereka" nk bayar kot adesss, manifesto neh hny kanak2 / pemuda pemudi jak yg bole tertipu bg sy yg suda 3 kali mengundi sikit pun sa x tertipu, akhir kata maaf sekiranya terkasar bahasa atau terlampau over komen sa, selamat istirehat.

Anonymous
8 May 2013 at 20:30

Terima kasih di atas penjelasan. Cuma sedikit komen dari saya di sini iaitu kesesuaian penggunaan sesuatu jenis sistem undi samada undi popular atau undi kerusi (elektoral) perlulah berpaksikan kepada sistem pilihanraya yang telus. Jika berlaku sebaliknya, kedua-dua jenis sistem undi tidak akan berfungsi seperti yang diharapkan sebagai sistem yang boleh dijadikan landasan bagi rakyat memilih kerajaan.

8 May 2013 at 22:13

tersangat la jelasnya penerangan tuan. Sejak BN menang ni byk penyokong PR di semenanjung melontarkan komen2 dlm forum,blog etc yg tak sedap kami di sabah dengar/baca contoh 'di hutan hutan sabah dan sarawak yg ada hanya monyet2 pun BN menang'...bagus sangatka kamu di semenanjung tu sampai cakap org sabah/sarawak begitu. Kerajaan bukan hanya untuk orang bandar2 besar dan moden saja tetapi untuk org2 di pendalaman juga. Siapa yg selalu datang ke pendalaman kalau bukan org kerajaan tolong itu tolong ini...mau harap pembangkang puihhh kalau ada isu melawan kerajaan barulah diaorg datang macam konon hero penyelamat org kampung!!! KAMI ORG SABAH SAYANG BN MCM KAMI SAYANG KELUARGA DAN NEGERI KAMI.

Anonymous
9 May 2013 at 18:25

terima kasih tuan di atas penjelasn ini...
saudara haikal haidar, betul kata2 tuan itu, saya sebagai org disemanjung akan tetap bersama anda semua...malang sekali segolongan orang disebelah PR di p.pinang yg bijak pandai tk sebijak yg di sangkakan...

9 May 2013 at 19:21

ya, nasib baik orang dulu ambil undi elektoral untuk sistem demokrasi kita...

Anonymous
22 May 2013 at 01:41

ksimpulannya mmg majoriti pengundi sukekn pr tetapi mereka ini hnya ttumpu d sstengah kwsn yg pdt pnduduk spt d sgor,penang.jika kita tgk undi d negeri tsebut mmg bn ada yg hlg wang eposit pn. tp dari segi kerusi d seluruh negara masih mnyokong bn.cume jumlah pngundi tdk sepadat di bndar2. ini sume krn manifesto pr yg bagai nk rak bg itu ini. sy pn mau. tp...byk yg ragu2.jd rmai juga yg cube2 undi pr.nk tgk.secara x lgsg ank2 muda tertarik.dgn kos d bdr yg tggi jd ini sgt menarik phatian mreka shgga dsai pnye kes pn dorg x pcaye dh.aslkn bleh mnikmati manifesto itu.jd hnya yg patriotik dn sygkn negara shj yg tggl utk mbela umno krn ideologi.wallahualam..

Anonymous
10 June 2013 at 11:49

Kami penyokong PR di penang dan selangor memang bijak kerana tolak bn.
Anda yang bodoh dah buta tuli ni bila lagi nak sedar dari buaiyan? Kikiki

Anonymous
5 July 2013 at 09:59

... Sye tak tau mcmna bleh timbul pecahn puak semnnjung, sbah dn srawak... Sye seorg pnjwt awm... Ble sye brkrja di jhor... Org2 di smnnjung tak prnah pn sbut org sbah ataupn srawak yg dtg tu dri kpulauan borneo... Kami akn ckp dia org sbah atau dia org srawak... Tp ble sye krja di sbah.. Mrka slalu sbut org smennjung... Seolah2 mcm ada prsepadann... Walhal smennjung itu byk ngeri... Klau sbut ngeri msing2 lbih dkat dihati brbnding sbut smennjung atau borneo...mcm jauh aje seolah2nya... Mhon pncerahan...

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team