INTEGRITI PEGAWAI PENDIDIKAN / KPM DIPERSOAL!!
ATAU MUNGKIN DARI PENCETAK KERTAS??!
1. Negara sekali lagi dikejutkan dengan perkara yang menyesakkan nafas bukan sahaja kepada guru-guru yang tidak bersalah, malah terhadap ibu bapa dan pelajar-pelajar yang sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)!!
2. Integriti dan ketelusan yang dilaung-laungkan kini dilanggar! Kebocoran maklumat Sulit Kerajaan umpama air bah yang memecahkan tebing sungai.
3. Kebocoran soalan peperiksaan umum ini nampak enteng, tetapi IMPAKnya dari segi EKONOMI, Psykologi rakyat amat luar biasa. Ini belum lagi maklumat-maklumat yang menyimpan 1001 rahsia kekuatan / kelemahan negara!
3. Bagi MHS, siasatan menyeluruh perlu dijalankan dengan lebih telus dan berkesan! Orang-orang di Jabatan Pendidikan jangan jadi batu penghalang kepada siasatan menyeluruh pihak berkuasa.
4. Apa yang pelik, baru beberapa jam perkara ini menjadi pengetahuan umum pada hari semalam, sudah ada beberapa Jabatan Pendidikan Negeri yang membuat kenyataan Penafian sebelum siasatan menyeluruh dijalankan.
5. Apa-apa pun, petualang negara yang banyak berselindung di sebalik udang perlu dibenteras!!
Petikan berita 3 Penjawat awam dirakam keterangan
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Sekurang-kurangnya tiga penjawat awam telah dirakam percakapan berhubung isu kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Difahamkan, salah seorang daripada mereka adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Johor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, tiga saksi dipanggil untuk diambil keterangan bagi mencari dalang terlibat.
``Tiada orang ditahan lagi. Apa yang penting kita sedang siasat untuk kumpulkan keterangan dahulu,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.Semalam, Polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes kebocoran kertas subjek Sains dan Bahasa Inggeris. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140912/dn_32/Kertas-UPSR-bocor-Tiga-dipanggil-beri-keterangan#ixzz3D4VN3VP5
© Utusan Melayu (M) Bhd
+ comments + 3 comments
Blog ini membantu saya banyak, saya tahu rakan-rakan blogeuses saya.
Apa kerja !! syabas
yeezy boost 350
offwhite
retro jordans
adidas yeezy
yeezy
yeezy boost 380
lebron 15 shoes
yeezy boost 350 v2
moncler jackets
golden goose shoes
q2n04f0j37 h7w25o0u83 g0i34d1q01 l8n05b0h34 q2b91h3m06 x9d79d3z71
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...