ALVAVIAN PENGANGGUR DAN VAVIAN CIKGU TADIKA KE PENJARA!!!

18 Jul 20131comments

Salam Jumaat pembaca MHS semua..Pejam celik pejam celik rupanya sudah 10 hari Ramadhan berlalu..Apa pun syukur ke hadrat Illahi kerana diberikan peluang untuk merasa nikmat berpuasa dan mengerjakan ibadat sempena bulan yang mulia ini..Pagi ni MHS tak mahu bercerita panjang..Cuma ucapan syabas dan tahniah kepada pihak yang menjalankan siasatan seperti PDRM, SKMM dan Kerajaan Malaysia kerana telah menjatuhkan hukuman kepada tertuduh seperti tajuk diatas..Walaupun hukuman penjara yg dikenakan kira-kira sebulan sahaja, rasanya agak cukup untuk mengajar mereka agar menghormati sensitiviti agama lain terutamanya agama Islam dalam bulan yang mulia ini..

Selain dipenjarakan, tertuduh seperti diatas turut didakwa atas tiga pertuduhan lain seperti menerbitkan gambar menghasut umat Islam di bulan Ramadan dan mempamerkan gambar-gambar lucah di sebuah laman web, dua minggu lalu. Mahkamah juga turut tidak membenarkan tertuduh untuk diikat jamin atas alasan kedua-dua tertuduh cenderung memuat naik kandungan yang boleh menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan orang ramai...

Diharap tertuduh akan menyesali atas apa yang telah dilakukan dan perlu diingatkan bahawa kita masyarakat Islam tidak akan sekali-sekali berkompromi atas tindakan manusia tidak normal ini!!

Tak sangka ye si vavian ni rupanye Cikgu tadika..Bukan ke cikgu itu satu pekerjaan yang mulia?? Perangai tidak melambangkan pekerjaan...Kesian pada ibu bapa yang anaknya diajar oleh pelakon porno ni..



Share this article :

+ comments + 1 comments

25 July 2013 at 02:58

I did a little tour of your blog, it looks great interesting. I'm going to sit back. I congratulate you that is good to do this blog
voyance gratuite, voyance gratuite par email

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team