POLITICIAN RECONSILATION! @jejariKami @drwanazizah #nsdk

15 Oct 20150 comments


Keluarnya Dato Saifuddin daripada UMNO dan menyertai Parti Kegemarannya tidak lain hanyalah salah satu pergerakan politik individu terutamanya bagi mana-mana individu yang dinamakan Politikus (Politician). 

Bukan UMNO sahaja yang mengalami perkara ini , malah PAS yang sudah berbaiah untuk perjuangan yang sama juga mempunyai Politikus-politikus yang beralih arah. Maka tidak hairanlah bagi politikus-politikus dari UMNO yang tidak berbaiah malah dipandang endah tidak endah untuk keluar kepada Parti yang disukainya. 

Samalah seperti DS Anwar Ibrahim dan lain-lain politikus , keluar kerana ketidakpuasan hati atau mencari tapak politik yang lebih baik. 

Tertubuhnya PKR itu sendiri merupakan satu pergerakan politikus-politikus pelbagai peringkat dari UMNO dek kerana ketidakpuasan hati berlaku akibat daripada pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, DS Anwar Ibrahim oleh Tun Mahathir. 

Tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN) juga merupakan pergerakan politik mereka-mereka yang tewas pada pemilihan Akar Umbi dalam Muktamar PAS tahun ini. Maka pergerakan politikus bernama Saifuddin tidak lain tidak bukan hanyalah seperti tikus mencari longkang yang lain. 


Benar kata Zaid Ibrahim, kemasukan Saifuddin tidak mendatangkan impak yang besar buat Pakatan Pembangkang. Sudahlah Saifuddin tewas dalam PRU  , dia juga tidak mempunyai pengaruh yang kuat di dalam UMNO yang mampu menggoyangkan kapal berkenaan. Maka , usahlah Wan Azizah begitu mengagung - agungkan sangat dengan pergerakan Saifuddin itu kerana beliau hanyalah Seekor Tikus kurap yang mencari sampah di tempat yang baru. 

Sekian. 

MHS

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team