Pelbagai pendapat didengar lantaran tangkapan terhadap Khairuddin dan Matthias di bawah SOSMA atas pertuduhan Cuba Mensabotaj negara kepada negara asing.
Ramai yang cuba mempertahankan Khairuddin dan Mathias yang dikatakan cuba berkata benar. Kalau benar bagai dikata, mengapa maklumat yang dikatakan 'PENTING' itu perlu diberi kepada negara asing melalui badan Perisikan Asing?
Apakah perlu kita menggadai negara dengan memberikan maklumat penting berkenaan kepada agen asing? Adakah 100% badan siasatan negara tidak boleh dipercayai atau mereka sebenarnya ada agenda yang lain?
Perlu diingatkan , walau apa jua kemelut yang melanda, tidak perlu lah kita memberi maklumat kepada negara lain yang NATIJAHNYA bukan kita sahaja yang terkena , malah kesannya mungkin kepada anak - anak cucu kita. Manakan tidak, maklumat berkaitan ekonomi dan perbankan boleh merosakkan sistem kewangan negara kita jikalau perkara sekecil ini tidak dikuatkuasakan.
Jika tindakan tidak diambil oleh Pihak Berkuasa, Bukan sahaja Khairuddin dan Mathias sahaja yang boleh menjual maklumat negara malah lain-lain individu juga boleh menjual maklumat berkenaan tanpa ada sebarang tindakan penguatkuasaan.
Biar kebenaran itu terbukti jua. Siasatan terhadap 1MDB masih diteruskan dan terkini menunggu siasatan daripada PAC yang masih belum usai namun usahlah kita memburukkan negara kita dek kerana hanya kebencian kita terhadap seorang individu yang masih berkuasa dan tidak sehaluan dengan pendirian kita.
Walau macam mana MULIA pun niat kita, tetapi TINDAKAN membocor Maklumat - Bersekongkol dengan perisikan negara asing adalah sesuatu yang tidak boleh DIMAAFKAN.
Walau macam mana MULIA pun niat kita, tetapi TINDAKAN membocor Maklumat - Bersekongkol dengan perisikan negara asing adalah sesuatu yang tidak boleh DIMAAFKAN.
+ comments + 4 comments
Pembelot negara yang sebenarnya adalah manusia yg melahap duit rakyat. Ini termasuklah org2 yg masih mempertahankan manusia ini.
Pembelut negara adalah 2 ekor yg pi repot ke luar negara, kalau suka sangat dgn negara asing duduk sajalah diluar negara.
kita lazim menilai seseorang dgn melihat keburukannya... tanpa melihat kebaikannya... selagi pemimpin itu Islam & menyembah Allah, seharus nya kita perlu menyokongnya... mengapa mengadu kepada negara yg pemimpin nya telah diketahui bukan Islam? Aku pembayar cukai seumur hidup aku sebelum bersara, itu adalah sumbangan kecil aku kepada negara... Malaysia tidaklah seteruk hingga tidak ada langsung pembangunan... kalu nak hidup senang, berusaha lah... mana mungkin kita menyalahkan orang lain sedangkan kita sendiri tidak berusaha?
Kalau sekadar masalah 1mdb dn wang 2.6 b tu sampai behempas pulas nak jatuhkan pm najib,ada otak fikirlah sendiri pemimpin2 lain dn pembangkang melahap wang rakyat lagi dasyat sebelum ni tanpa rakyat sedar tak pulak di apa2kan. Sebenarnya org melayu itu sendiri masih tebal dengan hasad dengki org melayu sendiri menjolok pemimpin melayu sampai jatuh tersungkur baru mereka puas hati,manakala Dap sedang membuat perancangan halus utk mengambil hak2 org melayu melalui politik.sedarlah wahai bangsaku.bersatulah demi bangsa dn agama.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...