RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN NEGARA DIBENTANG DI PARLIMEN.

18 Oct 20150 comments

KUALA LUMPUR:  Satu Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN)  akan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini bagi memastikan organisasi itu wujud secara perundangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini merupakan antara langkah transformasi kerajaan dalam mengkaji semula peranan MKN.

"Ancaman keganasan merupakan ancaman yang nyata dan kerajaan memberi perhatian sewajarnya dalam menangani ancaman tersebut.

"Maka kerajaan kini dalam proses mengukuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi barisan yang lebih efisien dan berkesan dalam menyelaras dasar serta strategi keselamatan negara," katanya ketika menjawab soalan daripada Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) dalam sidang Parlimen hari ini.
Noor Ehsanuddin meminta Perdana Menteri menjelaskan proses transformasi yang ingin diambil Kerajaan terhadap MKN agar ia lebih efektif dalam mendepani cabaran masa kini.
Najib menambah Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi MKN juga akan disemak semula bagi memastikan arahan yang dikeluarkan masih relevan dengan cabaran masa kini.

"Menyemak semula arahan-arahan MKN dan Peraturan-peraturan Tetap Operasi (SOP) MKN bagi memastikan arahan tersebut masih relevan dan boleh digunapakai sesuai dengan persekitaran semasa.

"Ini termasuk pengukuhan mekanisme di peringkat negeri," kata beliau.
Jelas Najib, satu dasar keselamatan negara juga bakal digubal untuk dijadikan panduan utama bagi agensi-agensi keselamatan dalam Negara. - ASTRO AWANI 

Kabinet sebelum ini memutuskan untuk MKN tidak lagi menjalankan Pengurusan Bencana Negara berikutan fokus utama MKN adalah kepada Keselamatan Negara. Pengurusan Bencana ketika ini akan dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN). 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team