NASHA RAMAI PENGIKUT! Mahfuz pula bantai Ust Nasha

9 Oct 20122comments

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR. - SINAR-
Mengetuai kumpulan PRO Anwar di dalam PAS


Hakikatnya PAS khuatir untuk mengeluarkan Nasharudin kerana Ustaz Nasharuddin mempunyai pengikut yang ramai dan ramai di antara orang kuat PAS menyokong tindak tanduk Ust Nasha yang membidas kerjasama PAS-DAP! 
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
11 October 2012 at 21:51

Betul. Memang betul 'Kuasa' adalah salah satu faktor terpenting untuk memerintah. Tetapi, kita mesti ingat: Kuasa itu sebenarnya dari Allah. Mungkinkah Allah merestui orang Islam bersekongkol dengan orang kafir untuk 'merampaskan' kuasa dari orang Islam juga? Mungkin ini boleh dipandang sebagai satu strategi sahaja, tetapi sebagai satu strategi dalam politik, ianya sangat merbahaya. Kita jangan pandang enteng terhadap pengaruh dan 'kekuatan' orang-orang kafir yang kita nak 'tipu'-kan ini. Mereka berkemungkinan mendapat 'sokongan' dari sepelosok Dunia. Tidakkah lebih baik dan afdhal kalau parti-parti Islam bersatu dan berkerjasama sesama sendiri?

15 October 2012 at 19:45

Ahli Majlis Syura ni siapa? Adakah mereka mendapat wahyu atau ilham dari sisi Allah swt? Kalau solat Tahajjud pun tinggal, bolehkah dipakai cadangan dan keputusannya?
Walau apap pun, ia tetap lebih baik drp UMNO yg sinonim dgn penjajah british, cuma bontotnya hitam.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team