Tepat jam 12.30 malam ini, maka berakhirlah segala kempen bagi menghadapi PRU ke 13..Segala usaha dan penat lelah yang telah diusahakan sepanjang tempoh berkempen akan terjawab esok.. Apa pun MHS ucapkan syabas serta tahniah kepada jentera-jentera parti yang telah berusaha dengan sebaik mungkin!!!
Kepada semua teman seperjuangan Cybertroopers BN, teruskan perjuangan kalian sehingga ke titisan darah yang terakhir!! MHS doakan agar BARISAN NASIONAL akan menang dan terus kekal menerajui tampuk pemerintahan Negara demi kelangsungan hidup BANGSA MELAYU!!
Suka MHS pesan disini kepada semua pengundi yang akan keluar mengundi pada esok hari, fikirkan yang terbaik demi masa depan anak cucu serta keluarga, kawal perasaan supaya tidak termakan dengan dakyah serta fitnah yang ditaburkan puak yang hanya mahu melihat BANGSA MELAYU KITA hancur!! Buatlah pilihan yang bijak supaya tidak menyesal di kemudian hari... Jangan biarkan kita dijajah lagi!!! Ingatlah terlajak perahu boleh di undur, terlajak membuat pilihan menyesalnya tiada kesudahan..Akhir kata hayatilah bait-bait puisi "MELAYU MUDAH LUPA" oleh Mantan Perdana Menteri YB Tun Dr. Mahathir...
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
GOVERNMENT CHANGE AND THE CIVIL SERVANT
6 years ago
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...