16 MATI SEBAB ARAK TAHUN BARU !

6 Jan 20141comments


Jakarta: Seramai 16 orang disahkan mati akibat minum arak buatan sendiri di Mojokerto ketika sambutan Tahun Baru, minggu lalu.
Mangsa terbaru, Binarto, 38, meninggal dunia di Hospital Dr Wahidin Sudiro Husodo semalam akibat kegagalan organ.

Binarto kali terakhir dilihat di bersuka ria di sebuah pesta arak sebelum tidak sedarkan diri
“Dia terlebih dulu dirawat di rumah sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut yang mengambil masa dua hari,” kata Rukun Tetangga Muji Efendi.

Jenazahnya dibawa ke rumah urus mayat untuk proses pengebumian di Losari, Gedeg.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Totok Arianto, 35, juga dilaporkan meninggal dunia di Hospital Muhammadiyah Hasanah, sehari sebelumnya.
Dia dirawat di hospital itu selama dua hari kerana mengalami pening, mual dan sesak nafas.

Jenazahnya tidak dibedah siasat atas persetujuan keluarganya, sebaliknya dibawa pulang ke Desa Sawo untuk diuruskan.
Sebelum ini, 14 maut manakala 10 turut mengalami sakit akibat keracunan apabila minum arak buatan sendiri ketika menyambut Tahun baru di lima lokasi berbeza.

Jurucakap polis Mojokerto Kota Nurhadi Santoso berkata, walaupun 16 yang maut berkenaan menghadiri pesta di lokasi berbeza, kematian mereka dikenal pasti akibat minum arak yang dibuat sendiri.

Seorang mangsa, Kamsianto, 38, masih dirawat di Hospital Muhammadiyyah Hasanah, manakala seorang lagi, Ahmad Basuki, 33, sudah dibenarkan pulang. - Agensi

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
7 September 2014 at 14:22

Great site you've got here.. It's difficult to find high quality writing like yours these days.
I really appreciate people like you! Take care!!

My page - Traducir Traducir Traducir

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team