Pendahuluan
Dewasa ini kebanyakan dari kita seperti terutamanya orang-orang Islam bukan sahaja mengalami krisis dan pergolakan akibat peperangan, Masyarakat Islam dunia juga mengalami krisis kepimpinan. Kebanyakan pemimpin kita bergolak sesama sendiri. Di Malaysia kita tidak terkecuali. Pemimpin-pemimpin Islam tidak bersatu. Apa sebabnya? Bagaimana mengubatinya?
![]() |
Negara yang bergolak menyusahkan rakyat |
Keutamaan yang utama pasti lah Islam, Kedua Pemerintah Raja-raja Melayu, Ketiga Bangsa Melayu ke empat Kebajikan bangsa-bangsa lain yang hidup di dalam pemerintahan kita. Ketika ini , perkara - perkara ini dilihat berjalan dengan baik sehinggalah tahun 2008 di mana 2/3 majoriti Barisan Nasional ditidakkan di dalam Pilihan Raya ke 12.
Sekiranya orang-orang Islam yang berkesedaran meletakkan agama Islam di tempatnya,
Sesuai dengan :Sabda Nabi S.A.W; “Al-Islam ya’lu wa la yu’la alaih” “Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi (kedudukan) daripadanya.”
Firman Allah mengenai Negara dan Kepimpinan:
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (QS. 7:96)
Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan. (QS. 11:117)
Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. (QS. 16:112)
Pemilihan Kepimpinan di Malaysia
Dalam Konteks Malaysia , Setelah menyelusuri ayat-ayat ini dan hadis maka kita akan menjadi takut dalam pemilihan kepimpinan. Pemilihan kepimpinan yang salah akan memungkinkan kedamaian, kemajuan dan kestabilan yang kita kecapi BERKECAI sama sekali.
![]() |
Kepimpinan beliau lebih dinamik dan versatile |
Pemilihan kepimpinan di Malaysia adalah unik, kita mempunyai pelbagai lapisan kepimpinan. Kita juga akan memilih parti yang akan mentadbir negara. Maka perkara-perkara ini perlu diambil kira oleh masyarakat Malaysia terutamanya Masyarakat Islam...?
1. Kepimpinan Parti mana yang stabil dari segi pengukuhan 4 perkara utama yang dinyatakan sebentar tadi iaitu Islam, Raja, Melayu, Bangsa Lain.... ?
2. Kepimpinan Parti mana yang mempunyai agenda yang seragam dan membawa kepada keberkatan hidup dunia dan akhirat... ?
3. Kepimpinan Parti mana yang membolehkan rakyat dan negara hidup dalam keadaan harmoni dan maju.....?
4. Kepimpinan Parti mana yang mengutamakan rakyat ...menegakkan keadilan ?
5. Kepimpinan Parti mana yang dinamik selain mengutamakan ISLAM dan Melayu, parti juga perlu mengutamakan kebajikan lain-lain kaum dan agama....
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...