NEGERI SEMBILAN KONSISTEN DALAM TANGAN BN, BN PERLU KUKUHKAN SERANGAN!

11 May 20120 comments

SEREMBAN 12 Mei 2012, Barisan Nasional di Negeri Sembilan perlu memantapkan dan memperkukuhkan serangan menjelang PRU 13 terutamanya dengan strategi-strategi yang boleh mematahkan serangan fitnah pihak pembangkang di Negeri Sembilan. 

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mengeluarkan dapatan kajian mereka yang menunjukkan Barisan Nasional di Negeri Sembilan sedang meningkat popular dalam kalangan rakyat. Dapatan kajian ini walaubagaimanapun diharapkan memperkukuhkan dan meningkatkan lagi motivasi semua jentera Barisan Nasional , pemimpin - pemimpin  dan ahli-ahli Parti UMNO, MCA, MIC , Gerakan dan PPP di Negeri Sembilan. 

Manakala gerakkerja pembangkang yang selalu mengadakan ceramah di seluruh Negeri Sembilan dan menyelitkan dan menyuntik fahaman dan elemen kebencian dalam kalangan rakyat ternyata tidak banyak dapat mengubah tahap sokongan rakyat di Negeri Sembilan. Namun tidak dinafikan , persepsi buruk yang disuntik pembangkang dengan fitnah dan fakta yang diseleweng sedikit sebanyak mempangaruhi  pengundi. 

UMNO,MCA , MIC , GERAKAN dan PPP disaran terus membantu rakyat dan mendahulukan rakyat sekaligus rakyat , terutamanya golongan atas pagar dapat menilai siapa pemerintah yang layak dan perlu dipilih semasa PRU 13 nanti. 

Populariti Barisan Nasional banyak dipengaruhi oleh usaha pihak Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri menerusi beberapa Program Kesejahteraan Rakyat seperti BR1M, SARA, BAUCER BANTUAN PERSEKOLAHAN, BAUCER BUKU, Durian Runtuh FELDA, bantuan Perumahan Kerajaan Negeri , Usaha Pejabat Menteri Besar dan Skim kenaikan gaji Penjawat Awam. 

Walaubagaimanapun , faktor calon menjadi faktor penentu kepada kejayaan Barisan Nasional untuk mendapatkan 2/3 majoriti di Parlimen di peringkat Persekutuan dan 2/3 di peringkat DUN Negeri Sembilan. 

Mengulas mengenai BERSIH 3.O, ia ternyata dilihat menurunkan kepercayaan rakyat terhadap Pemimpin PKR. 


Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team