ARTIKEL KHAS: Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor

19 Jun 20127comments


Di sebalik kemelut yang mencabar kesultanan Negeri Johor, Nizar dan juak-juak pembangkang lupa bahawa Kesultanan Johor mempunyai hubungan sejarah yang lama kepada negara termasuklah jasa Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor kepada Tanah Melayu sewaktu PERANG DUNIA Pertama, kedua dan sewaktu darurat. 

Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan pada 1886 dengan kompeni percubaan 60 anak Melayu Johor dan 20 orang askar Punjabi. Anggota Melayu dilatih sebagai askar Infantri sementara anggota Punjabi dilatih sebagai anggota pasukan artileri. Seorang pegawai tentera Inggeris bernama Kapten Newland dilantik sebagai pemerintah pasukan. Orang Melayu yang pertama sekali diberikan tauliah sebagai pegawai ialah Kapten Daud bin Sulaiman. Askar Timbalan Setia Negeri telah diberi panji-panji DiRaja pada 11 Mei 1916.

Sultan Ibrahim memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatan TSN @ JMF bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriam dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.

Ketika tercetusnya Perang Dunia Pertama, Askar Timbalan Setia Johor terlibat dalam mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura pada tahun 1915. Askar Timbalan Setia menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa British.
Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor juga telah menghantar kontinjen seramai 2 orang pegawai berserta 100 orang anggota ke Berek Tanglin di Singapura untuk membantu mengawal keselamatan di Singapura. Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri juga membuat tugas-tugas membantu kawalan tawanan perang ke atas tahanan Jerman di Singapura. Pasukan ini juga memberi bantuan menjaga keselamatan kawasan di Pulau Belakang Mati (kini Pulau Sentosa), Singapura hingga tamat Perang Dunia Pertama.
Selain memberikan bantuan kawalan keselamatan di Singapura, Pasukan Askar timbalan Setia Johor juga memberikan kawalan keselamatan laluan perhubungan di kawasan-kawasan Mersing, Kluang dan Batu Pahat termasuk pangkalan udara di Kluang (kini menjadi pangkalan utama Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia).
  
Antara nama-name besar yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :

1. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
2. Tun Hussein Onn, Bekas Perdana Menteri Malaysia. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Debra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

3. Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail, Bekas Panglima ATM. Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

4. Dato Onn Jaafar.

5. Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.








Negeri Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri dan Sultan Johor merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Sesungguhnya, rakyat Johor berbangga kerana negerinya mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri tersendiri selain daripada Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini menjadi pemangkin kekuatan Tentera Malaysia di Selatan tanahair ! 

Share this article :

+ comments + 7 comments

29 January 2013 at 18:56

Di Johor ada JMF ada ATM, JMF taat kepada YDPA atau Sultan Johor, kalau negeri lain keluar MF mereka sendiri makin aman negara atau makin huru hara....cadang JMF diserap kepada ATM dan taat setia kepada YDPA dan pelindung utama Sultan dan pemerintah negeri...YDPA come first Sultan later..OK tak

5 March 2013 at 10:20

Harus di ingat johor berhampiran dengan Singapore yg mmpunyai kekuatan tentera yg tinggi...JMF Still relevant.terutama dari segi risikan..dan maklumat pertahanan..juga sebagai benteng utama pemerintah tertinggi johor..JMF adalah relevant.Shahrizan-->anak jati johor di perantaun.

21 June 2014 at 21:15

These story is just a bullshit ..nothing mentioned about demob during ww2.

Anonymous
14 November 2014 at 04:33

jmf hidup

Anonymous
5 October 2015 at 15:43

Saudara wmefairooz eirman , kawan nak sentuh sedikit berkenaan cadangan awak supaya JMF diserap masuk ke dalam ATM . Kawan agak tidak setuju antara sebabnya adalah , ATSN @ JMF ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada tahun 1886 bagi memenuhi syarat Perjanjian Setia 1885 antara Kerajaan Johor dan Kerajaan Great Britain . Selepas Queen Victoria Ratu Great Britain mengisytiharkan bahawa negeri jajahan takhluk Johor Darul Ta'zim bebas dan berdaulat . Jika disebut berkenaan dengan 'Kedaulatan' ini bermaksud seluruh Kerajaan Johor ini hanya terletak pada tangan Sultan yang memerintah bagi negeri , ia tidak termasuk YDPA . Bermakna semua sistem pentadbiran , pertahanan , dan lain-lain hanya untuk Sultan Johor dan kerabat-kerabatnya dan rakyat Johor sahaja . Tak boleh disentuh oleh Kerajaan Pusat Malaysia atau mana-mana individu atau organisasi lain kerana kuasa mutlak kerajaan Johor terletak di tangang Sultan yang bernaung . Harap memahami bahawa Kerajaan Johor ada hubungan rapat dengan Kerajaan Great Britain , jadi segalan perjanjian antara Kerajaan Johor dan Kerajaan Great Britain harap dihormati . Jika tidak percaya awak boleh rujuk pada buku-buku sejarah negeri Johor . Sekian , kalau ada salah silap harap dimaafkan

18 March 2019 at 10:22

hidup jmf. hidup jmf

5 April 2020 at 07:16

Assalamualaikum maaf bertanya. Di mana saya boelh dapatkan buku ni ya?

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team