P1 WIMAX AH LONG CARA BARU ! HATI-HATI!
Gambar hiasan |
"Rupa-rupanya bukan aku sahaja yang tak puas hati dengan P1 WIMAX, ribuan lagi bekas pelanggan P1 W1MAX yang dah terkena dengan Ah Long Network yang bernama P1 W1MAX" kalau tak percaya, pegi google , sila TYPE MASALAH P1 W1MAX
1. Begitulah keluhan seorang rakan MHS mengenai syarat jerat leher P1 W1max. Masalah kepada rakan MHS ini adalah dia mahu memotong servis P1 W1 Max kerana dia telah berpindah dari Kluang ke Senawang. Ketika di Kluang, talian P1 ni memang lah tiptop katanya.
2 Tetapi apabila berpindah ke sebuah taman perumahan baru di Kawasan Senawang, talian P1 W1 Max langsung tidak boleh digunakan.
3. Malangnya selepas sebulan di Senawang, Modem P1 nya itu telah hilang. Maka tanpa berlengah lagi , beliau pergi ke Seremban Center untuk memotong talian.
4. Apabila mendapatkan penjelasan daripada p1 Dealer di Seremban Center berkenaan, inilah jumlah pembayaran yang perlu dibuat oleh rakan MHS:
a) Beliau perlu membayar : RM 399 bagi caj kehilangan modem (Kerana katanya, kalau mahu potong P1, modem kena bayar atau kena pulang.
b) Beliau perlu membayar tunggakan 2 bulan (meskipun beliau tidak pakai disebabkan tiada line) sebanyak 2 xRM99 = RM 198
c) Bayaran Kontrak (BELUM CUKUP 2 TAHUN) = RM 500
d) Total : RM 399 + RM 198 + RM 500 = RM 1097 just untuk mematikan talian.
Sekiranya talian tidak dimatikan, pengguna akan terus menerus di caj dengan caj bulanan sehingga pengguna dikenakan CTOS oleh TELCO P1 W1MAX.
Tujuan utama artikel ini adalah untuk menasihati para pengguna agar berhati-hati dengan pra syarat yang merapu sebelum subcribe mana-mana TELCO AH Long!!
TENGOKLAH LAGI PASAL MASALAH P1 AH LONG INI DI :
1. 18,000 PENGGUNA P1 DALAM SENARAI CTOS ?
2. PELANGGAN P1 MENGAMUK ?
3. FACEBOOK PENGGUNA DITIPU P1 WIMAX
+ comments + 8 comments
bolehkah kes seprti ini di bawa ke mahkamah sebab ianya adalah penginayaan kepada pengguna..adakah lawyer yang boleh memberi penjelasan..tak patut ianya di biarkan sebab pengguna jadi mangsa iniaya.
kalau boleh, buat lapuran polis dan ketengahkan ke mahkamah..ingin mengetahui..
sama jugak dengan unifi..kalo xguna 5 bulan = RM 5 bulan punya bil jugak kena bayar kalau nak sambung guna balik pada bulan ke-6..
Prasyarat-prasyarat macam ni hanya menjerat pengguna. Dunia skarang sepatutnya dah tak ada prasyarat kuno macam ni. Suka hati customer lah nak guna atau taknak guna.... Ini kalau dah tak nak guna, dikenakan caj macam-macam. memang masak lah
semua ada dlm kontrak yg kita sign
ya semua ada dalam syarat yang selalu kita tak baca. So hati2 lah lepas ni
nampak sangat member ko tak baca agreement. semua tu ada bertulis, tinggal lagi ko kena baca
Sebab orang tak baca lah , kita kena dedahkan, supaya orang akan baca...:-)
Saya terjumpa blog ini dengan pelbagai kemungkinan baru untuk diterokai.
Terima kasih kerana ini mesra berkongsi.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...