1. Jika dikira secara matematik , kenaikan harga minyak RON 95 adalah sebanyak RM 0.20 iaitu kira-kira 0.20 / 2.10 x 100 = 9.52% .
2. Maksudnya kalau DULU nak isi minyak FULL tank RM50 = 23.81L , Maka sekarang jika hendak isi pada liter yang sama iaitu 23.81L adalah sebanyal = RM 54.762 sen (23.81L x RM 2.30) .
3. Berlaku pertambahan RM 4.762 (54.762 - 50.00) untuk isi minyak yang sama.
4. RM 4.762 pada hemat MHS adalah sesuatu yang masih munasabah secara rasionalnya apatah lagi ia boleh meningkatkan KEWANGAN NEGARA.
(Bukan MHS bersetuju dengan kenaikan harga minyak ini, tidak sama sekali). Namun secara logik akalnya, itulah yang difikirkan oleh para penasihat ekonomi Negara kita.
5. Namun apa yang membimbangkan ialah Kenaikan Barang yang tidak munasabah dek kerana kesempatan yang diambil oleh pihak yang TAMAK dan akhirnya merugikan rakyat, Negara dan Kerajaan.
6. Tidak masuk akal sekiranya kos pengangkutan (Freight in / out) untuk membawa sekian banyak barang mentah dipindahkan kos tersebut satu persatu ke atas barangan terakhir jualan. Dalam bahasa mudahnya Kalau minyak yang mengankut satu lori susu yang berjumlah beratus kotak naik 9.52% apabila sampai di Restoran Mamak / Kedai-kedai makan , harga segelas air teh yang menggunakan 0.005 ltr susu dinaikkan 10% juga??!
7. Benar, rakyat tidak marah sangat jika sekadar minyak yang naik, tetapi rakyat marah sangat apabila peniaga-peniaga tamak , daripada ladang atau kilang kepada barang terakhir pengguna dinaikkan dengan kadar 10% juga! Pengguna akan menanggung kenaikan mungkin berjumlah 200 - 300 %!
8. Apa yang jelas, pihak Kerajaan melalui agensi tertentu perlu / WAJIB melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' kenaikan harga barang yang kita tahu walaupun minyak tidak naik, harga barang tetap naik, apatah lagi bila harga naik.
"Sekadar pandangan dangkal yang rasional untuk pengetahuan Pemimpin dan rakyat untuk berfikir buat negara "
*Teguran buat Keyboard Warrior Pro Dasar Kerajaan , anda tidak perlu mengaitkan kenaikan 20 sen ini dengan kadar kenaikan harga minayk dunia kerana Semakan di NASDAQ membuktikan berlaku trend penurunan sejak 3 bulan yang lalu terhadap minyak mentah dunia. Lihat sahaja di Sini : NASDAQ CRUDE OIL 2014
Jawapan yang lebih tepat adalah :
Kenaikan 20sen harga minyak adalah kerana Kerajaan melaksanakan RASIONALISASI SUBSIDI untuk meningkatkan KECEKAPAN sistem agihan subsidi Kerajaan. Perkara ini banyak disentuh oleh blog-blog prominent seperti MYMASSA dan dari fb-fb pak menteri.
+ comments + 5 comments
Kenaikan Harga Minya ini menunjukkan Segala Dasar-dasar uyang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib adalah GAGAL, jadi jalan pintas adalah untuk mengurangkan subsidi untuk menaikkan simpanan negara.
Kalau tak der duit, macam mana Nak Bentangkan Budget???
Majoriti kereta .5 or 1.6 punyai kapasiti isian penuh minyak sebanyak 40 liter.
Jadi sebelumnya, RM2.10 x 40 lietr = RM84.00
Dengan kenaikan minya 20 sen RM2.30 x 40 liter = RM92.00
Kenaikan untuk isian penuh adalah sebanyak RM8.00 (RM92.00 - RM84.00)
Kenaikan sebulan sebanyak RM32.00 untuk ulang alik pergi kerja, sekali isi satu minggu, kalau ada outstation, parah dahhh!!
Jadi Nak tahu berapa banyak HARGA BARANG akan naik Tunggu lah pie Kedai Mamak ker, pasar mini ker, pasar malam ker, pasar ikan/sayur ker..
Makin hilanglah simpanan rakyat nampaknyer..
Apa pun alasan yang di beri saya rasa kenaikkan harga minyak ini tidak munasabah!! Ini akan menambahkan lagi beban rakyat marhaen yang sedia terbeban dengan seribu satu macam tanggungjawab..Lihatlah kebangkitan rakyat pada PRU akan datang ini!!!
Apa pun alasannya..memang kami rakyat tak boleh terima. Takkan tak belajar lagi tentang domino effect kenaikan harga minyak?
Saya cadangkan potong gaji semua wakil rakyat sebanyak 20%. Berkorban untuk negara. Takkan tak sanggup?
kita memang perlu bersedia untuk pengurangan subsidi bahan api ini...untuk tahun 2013, kos tanggungan bahan api ini adalah 26 bil(perbetulkan jika saya salah)..adakah kita menjangkakan kos ini statik untuk 10 tahun akan datang....atau terus kekal selamanya...TIDAK...kos ini akan terus meningkat dan menghimpit peruntukan subsidi lain..peningkatan kos subsidi ini adalah dari kenaikan bilangan kenderaan diatas jalan raya..sasaran untuk kos tanggungan subsidi (semua jenis subsidi) adalah 40 bil...adakah logik jika subsidi bahan api sudah mencecah angka 40 bil baru hendak fikir tindakan..itu kita tidak bercakap lagi tentang siapa yang untung menggunakan wang subsidi ini...kita lihat sekarang satu keluarga pon sudah ader lebih dari satu kenderaan..ader tuh sampai 3-6 kenderaan..siapa yg untung dpt guna wang subsidi?...adakah org yg benar2 memerlukan yg hanya mempunyai 1 motor kapcai yg penuh utk tangkinya hanya dibawah rm10 yg digunakan utk 3 hari..itu pasal kita perlu mensasarkan dengan lebih tepat golongan yg sepatutnya menikmati subsidi ini...CUMA kerajaan perlu come out dengan method n akta yang lebih berkesan untuk menangani domino effect nie..memang betul...sebenarnya peniaga telah memanipulasi keadaan...kesan nya rakyat terhimpit kerajaan dihentam dan dituduh zalim...
Sudah jelas, tekanan untuk memberi komen mengenai artikel anda.
consultation voyance gratuite en ligne
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...